Wednesday, June 30, 2004

WIRA TAK DIDENDANG

"... kita silap menyanjung "wira". Kita sanjung orang yang tiada sifat kewiraan. Siapa "wira" sebenarnya? Dalam novel, dalam filem, kita lihat wira itu orang yang menentang kezaliman atau menyelamatkan orang dalam kesusahan. Tapi kita sanjung orang yang mendaki gunung dan berlayar di laut sebagai wira. Mana sifat wiranya? Kezaliman apa yang dia tentang? Orang susah mana yang dia bantu? ..."

-- Petikan catatan "Jiwa Negara" (entry 31/08/03). Berdasarkan kata-kata Dato' Dr Syed Hussein al-Attas, dalam rancangan "30 Minit" di TV1, RTM, 9:30 malam, 24/04/03.

"... AMPANG JAYA 29 Jun - Tindakan seorang pemandu van berusaha menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa ragut berakhir dengan tragedi apabila dia sendiri mati ditikam oleh penjenayah terbabit. Rosli Mohd. Saad, 36, mati akibat ditikam tiga kali pada dada dan rusuk kirinya ..."

-- Petikan Utusan Malaysia hari ini.

Inilah wira! Orang yang berkorban nyawa kerana hendak menyelamatkan orang lain. Setinggi-tinggi sanjungan buat Allahyarham.

Al-fatihah...

Monday, June 28, 2004

SELAMAT PENGANTIN BARU



Pergi kenduri kahwin Rudy dan Insyirah kat Banting semalam.

Kurang sorang lagi geng bujang untuk aku ajak berpoya-poya.

Selamat Pengantin Baru.

(Aku terlupa bawa kamera. Aku curi gambar di atas dari Fotopages Amyz.)

Thursday, June 24, 2004

CAKAR AYAM D'KEDAH

Pada hari Sabtu dan Ahad yang silam (19 dan 20/06/04), Fariz dan Aidah datang ke Kedah. Mereka datang dari KL. Hari pertama mereka di Kedah, aku dan Purbe bawa mereka ronda-ronda. Kami pergi Rumah Kelahiran Dr Mahathir. Kami ronda-ronda Alor Setar. Kami pergi Bukit Kayu Hitam. Kami lepak Taman Tasik Darulaman dekat dengan Jitra.

Bila naik kereta dengan Purbe, mesti ada bala menimpa. Masa pergi Johor dulu, enjin terlebih panas dan mati sendiri. Hari Sabtu tu pulak, tayar pancit. Bocor terkeluar-keluar benang titanium. Lepas tukar tayar, kami balik Alor Setar.

Malamnya kami makan Nasi Lemak Royale. Nyam nyam!

Hari kedua, kami pergi Langkawi. Masa kat Kuala Kedah, kami nampak muka Ustazah Nor Bahyah kat tv. Aidah kata: "Ustazah Cakar Ayam!"

Sebenarnya dia nak kata "Cakar Harimau" (ustazah ni pernah ajar urutan "Cakar Harimau"). Aku kalau orang silap cakap habislah, sepanjang hari aku sakat! Aku kata: "Wahh... teknik urutan terbaru ciptaan Ustazah Aidah! Cakar Ayam! Nanti dia kawin dengan Fariz nanti dia buat la!". Lawak cakar ayam tu kami teruskan sampai Langkawi! Seronok tengok Aidah tension :)

Sampai di Langkawi, kami ronda-ronda. Dan Fariz buat pemerhatian: "Kenapa bisnes Melayu suka letak nama D' kat depan?". Kat Langkawi saja ada restoran D'SAJI, kedai runcit D'KEDAI, kedai barangan kulit D'EXCLUSIVE, dan lain-lain. Apa yang bestnya D' tu? Hmm... kalau aku buka rumah urut, aku nak letak nama D'CAKAR AYAM ;p

(Ida, lumah ulut D'Cakar Ayam. Clean one. No hanky panky. Got pedicure and manicure oso. Come come. Err, you Malay ah?)

Kami breakfast kat Pantai Cenang. Window shopping kat sebelah Underwater World. Bergambar kat Burau Bay berlatarbelakangkan kapal-kapal layar. Naik cable car kat Gunung Matcincang.

(Cik Wan, Langkawi ada cable car la ni, hampa jangan tak tau ;P).

Kat puncak gunung tu kita boleh tengok pemandangan pulau-pulau yang mengelilingi Langkawi. Ada anak-anak panah yang menunjuk arah tertulis nama-nama pulau. Antara nama pulau yang menarik adalah: PULAU KENTUT KECIL dan PULAU KENTUT BESAR. Kenapa tak panggil PULAU PSSST (kentut kecil) dan PULAU PROTTT (kentut besar) saja? Aku cari juga kalau-kalau ada PULAU CAKAR AYAM, tapi tak ada ;p

Kami pergi ke Summer Palace. Asalnya tempat ni set penggambaran Anna & the King. Tapi lepas habis shooting, mereka jadikan tempat ni tarikan pelancong. Kat dalam istana ni kita boleh tengok kostum dan prop yang digunakan dalam filem Anna & the King tu.

Kami pergi Langkawi Falls. Air terjun buatan. Lawa gila babi nak mampos.

Kami pergi Pasir Hitam. Jumpa blogger Langkawi, Mizi (atau Akhi Masrawi atau Pujangga). Mizi ni antara blogger Malaysia generasi awal. Dah lama aku berkawan dengan dia di alam cyber tapi baru sekarang dapat jumpa. Dulu dia belajar kat Mesir. Mizi dok tunggu-tunggu apa aku nak tulis pasal dia. Purbe tulis "Mizi peramah". Fariz tulis "Mizi otai". Mat Jan nak tulis apa ya? Okay, aku tulis "Mizi sekepala". Aku suka bersembang dengan dia.

Seperti biasa, bila naik kereta dengan Purbe mesti ada bala menimpa. Teka apa jadi kali ni? Enjin terlebih panas? Tak. Tayar pancit? Bukan. Minyak habis? Ya betulll!!! Aku dan Purbe berjalan ke stesen minyak dan bergilir-gilir bawa balang berisi minyak balik ke kereta. Masa bawa balang tu aku teringat peribahasa "bagai menatang minyak yang penuh."

Sementara nak tunggu feri bertolak, kami pergi Dataran Lang.

Masa nak balik tu Purbe buat lawak pulak. Dia bagi tiket feri pagi tadi! Kebetulan pagi tadi kami naik feri pukul 7:30 am. Nak balik ni pulak feri pukul 7:30 pm. Kami tak perasan am/pm tu. Abang tiket tu tak bagi kami naik feri sebab tu tiket feri syarikat lain. Tapi Purbe nak jugak tegakkan benang, dia kata tiket tu betul. Orang kaunter jual tiket tu, kata Purbe. Ramai orang kerumun melihat aksi perbahasan. Last-last ada orang perasan yang tiket kami 7:30 AM bukan PM. Malu malu. Purbe seluk poket satu lagi dan bagi tiket yang betul. Kami cepat-cepat masuk feri kerana kemaluan yang amat sangat.

Sampai di Alor Setar kami hantar Fariz dan Aidah ke Sahab Perdana (ni Alor Setar punya Puduraya). Mereka naik bas balik ke KL. Tiket Cakar Ayam Ekspres dah habis, mereka naik Indah Ekspres.

KLIK SINI UNTUK TENGOK GAMBAR D'LANGKAWI

Sunday, June 20, 2004

ZAHIR TAK TERUCAP

(NOTA: "kami" bermaksud "saya" dalam loghat Kedah versi sopan. Jadi, pembaca yang yang bukan-Kedah, jangan keliru dengan "kami" dalam konteks Bahasa Melayu standard.)



FIND & REPLACE III

Ayah, kalau fungsi "Find & Replace" dalam Microsoft Word boleh digunakan untuk menggantikan apa saja dalam kehidupan nyata... dan saya taip macam ni:



Nescaya saya akan dapat message ini:



Selamat Happy Father's Day, Ayah. You're the best.

Friday, June 18, 2004

AMPAT TAWON LAH!

Pejam celik pejam celik dah empat tahun dah blog Jongkang Jongket ni hidup.

Selamat Happy Birthday Jongky! I lap u.

Wednesday, June 16, 2004

MAT JAN PERGI JOHOR

Dua minggu yang silam Mat Jan pergi Johor. Mat Jan pergi Johor dengan Purbe dan Poad.

Mula-mula kami pergi Batu Pahat. Kami pergi kenduri kahwin Atan dan Siti. Kami minta maaf tak singgah rumah Kak Ros. Kami kejar masa nak pergi JB pula. Kami ingat kami kena tunggu sampai malam. Sampai Kak Ros habis mengajar tuisyen. Kami tak tahu yang Kak Ros cancel kelas tuisyen. Semata-mata nak sambut kami. Nanti Hari Raya Mat Jan minta maaf lagi sekali. Harap-harap dapat duit raya.

Dari Batu Pahat kami pergi JB. Kami tidur rumah Tok Rimau. Tok Rimau bawa kami makan otak-otak di Senibong dan jalan-jalan di Danga Bay. Kami pergi Gathering GJ di Restoran Singgah Selalu juga.

Last sekali kami pergi Muar. Kenduri kahwin adik Mail. Di rumah Mail ada tiga budak perempuan kenal Mat Jan. Dua orang daripadanya ajak Mat Jan bergambar. Rupa-rupanya mereka peminat blog Jongkang-Jongket. Mat Jan rasa macam artis.

A picture is worth a thousand words, as they say. So klik sini untuk cerita 12,000 perkataan...

Monday, June 14, 2004

TAREHT LUKIS

Ingat Siti Nurhaliza sorang aje ke dapat potret yang dilukis peminat? Mat Jan pun dapat la! (Ini kira penanda aras ke Tok?)


Mat Jan 1: Close-up.



Mat Jan 2: Full-figure.


Hahaha! Terima kasih Tareht. Aku suka.

Tareht tulis: http://www.danchan.com/weblog/therat

Tareht lukis: http://tareht.fotopages.com/

Thursday, June 10, 2004

THE FUNNY THING II

(muzik: ting-ting-ting-tong ting-ting-ting-tong)

Puan F: Hullo, F bercakap.

Mat Jan: Puan. It's me. Syafizan. Have my problem settled?

Puan F: Hah, Syafizan. Puan M did mention your name and Ayu's during the Senate's Meeting. But THE FUNNY THING is...

Mat Jan: (Dalam hati: Oh no. Not again.)

Puan F: ...cuma nama Ayu dimasukkan dalam graduation's list. Nama you tidak. I don't know why.

Mat Jan: Ha? Hari tu sangkut kat Pusat Bahasa. Hari ni sangkut kat Mesyuarat Senat. Lepas ni sangkut kat mana pulak?

Puan F: Syafizannn... mana boleh sangkut kat mana-mana lagi. Senat adalah badan tertinggi universiti. List tu dah disahkan Senat. Keputusan Senat adalah muktamad. Sebarang pindaan tak boleh dibuat. Surat-menyurat tak akan dilayan...

Mat Jan: Email?

Puan F: Email pun.

Mat Jan: So wh-wha-what am I supposed to do now?

Puan F: You have to come back on 17th and register for BEL411.

Mat Jan: Dan masuk kelas BEL411 sepanjang semester depan?

Puan F: Yup.

Mat Jan: Dan ambil exam bulan Oktober?

Puan F: Absolutely. Kalau tidak you tak grad.

Mat Jan: This is unfair!

Puan F: This is life.

Mat Jan: So, bila I konvo?

Puan F: March 2005.

Mat Jan: OH NOOO!!!

Puan F: Oh yes.

Mak tepuk-tepuk kaki aku. "Bangkit, sembahyang subuh!" kata mak.

What a nightmare!

Wednesday, June 09, 2004

THE FUNNY THING

11:30 pagi. Terjaga dari tidur. Dail handphone.

Toot-toot. Toot-toot.

Siapa entah: Fakulti Un****-Un**** Ui**. Selamat pagi.

Mat Jan: Pagi. Boleh cakap dengan Puan F?

Siapa entah: Sekejap ye. (muzik: ting-ting-ting-tong ting-ting-ting-tong)

Puan F: Hullo, F bercakap.

Mat Jan: Puan F, I'm Syafizan, LLB stu--

Puan F: Ya Syafizan... I know you. What's the matter?

Mat Jan: I just want to confirm, Puan. I thought my name is already in the graduation's list. You have issued me a surat pengesahan tamat right? But how come I received a letter from KRP asking me to register on 17th?

Puan F: Oh, there were three of you actually who didn't get the tamat status because of the BEL411 problem. You, Adli and Ayu. We have sent the THREE names to Pusat Bahasa. But the FUNNY thing is, only Adli's name was dropped from the list, yours and Ayu's were not. I don't know why.

Mat Jan: (Dalam hati: FUNNY? This is not funny. I might not graduate if this thing is not settled!). So Puan, are you saying that I have to register on the 17th? The KRP's letter said things like "ini peluang terakhir anda...", like I sengaja didn't take the paper, padahal I was exempted.

Puan F: Just ignore the letter. Tomorrow Mesyuarat Senat, to sahkan the graduation's list. List tu BELUM disahkan, and akan disahkan tomorrow. During the mesyuarat, Puan M (acting Dekan) will put the two names, yours and Ayu's, in the list. Then the list akan disahkan.

Mat Jan: Oh? Okay. So... I... can-just-ignore-the-letter?

Puan F: Yup.

Mat Jan: And... I... don't-have-to-register-on-the-17th?

Puan F: Nope.

Mat Jan: Lega. Thanks Puan. Assalamualaikum.

Puan F: Waalaikumussalam.

11:50 pagi. Letak handphone. Sambung tidur.

Monday, June 07, 2004

FIND & REPLACE II

Fungsi "Find & Replace" dalam Microsoft Word cuma boleh diguna untuk menukar perkataan. Macam mana agaknya kalau ia boleh diguna untuk menukar apa saja dalam kehidupan nyata?

Majikan yang tak puas hati dengan pekerjanya tak perlu keluarkan notis berhenti dan iklan jawatan kosong. Dia cuma perlu guna fungsi "Find & Replace" untuk find "pekerja malas" dan replace dengan "pekerja rajin". Ding! Dapat pekerja baru.

Manakala lelaki yang tak puas hati dengan girlfriend/tunang/isteri tidak perlu tutup blog. Dia cuma perlu guna fungsi "Find & Replace" untuk dapatkan pasangan baru. Ding! Dapat yang baru.

Aku rasa bagus juga. Semua pekerja (dan pasangan) akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi yang terbaik agar tidak di-Find-&-Replace.

Malam tadi aku nampak tahi bintang jatuh, dan wish aku ini menjadi kenyataan ("Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri," kata Zainal Ariffin). Aku pun buka Microsoft Word dan guna fungsi "Find & Replace".

Find what: my girlfriend. Replace with: Lulu Tobing.

Ding! Keluar mesej ini: "Word has finished searching. The search item was not found!"




UNDO

Dalam Microsoft Word, kalau kita tersilap taip, atau tersilap "find & replace" hingga Thomas Edison yang inovatif menjadi Thomas Edisemberon yang inovemberatif, kita boleh klik "undo" dan segalanya akan pulih seperti sediakala.

Dalam hidup, kalau kita tersilap langkah, terlajak kata atau tindakan, kita tak ada butang "undo" untuk diklik. Yang ada cuma butang "menyesal".



Hidup tak seindah Microsoft Word.

Friday, June 04, 2004

FIND & REPLACE

Seorang penulis memberi manuskrip bukunya kepada aku. Dia minta aku buat proof-reading dan editing sebelum buku itu diterbitkan. Aku kena betulkan kesalahan ejaan dan tatabahasa mengikut piawai DBP, dan italic-kan perkataan Inggeris.

Manuskrip itu dalam format *.doc (Microsoft Word). Aku rasa penulis ini menggunakan fungsi "Find & Replace" untuk menukar singkatan nama bulan seperti "jan" kepada "januari", "apr" kepada "april", "aug" kepada"ogos", "nov" kepada "november", "dis" kepada "disember", dan sebagainya. Tetapi dia tidak check kotak "find whole words only"!

Akibatnya: semua jan, apr, nov dan dis di dalam manuskrip itu, walaupun di tengah-tengah perkataan lain, bertukar menjadi januari, april, november, dan disember. Maka lahirlah perkataan baru seperti: inovemberatif, aprileciation, disemberengat, terajanuarig, casanovembera, disemberedekahkan, gadisember, Thomas Edisemberon, disemberorok, menjanuaria, dogoshter, januarigan, januaritung, disemberease, januariggut, disemberamakan, disemberelongkar, jajanuari, bujanuarig, panjanuarig, hujanuari, disembercussion, dan sebagainya -- yang kalau editor Kamus Dewan baca, akan bunuh diri!

Akhirnya, tugas aku membetulkan ejaan dan tatabahasa tak banyak, yang banyak adalah menukar "disemberedekahkan" kepada "disedekahkan", "menjanuaria" kepada "menjana", "dogoshter" kepada "daughter", dan seterusnya. Aku mula fikir penulis ini sengaja berbuat demikian supaya aku ada banyak kerja nak buat dan tak makan gaji buta.

Dan tiba-tiba, setelah sampai mukasurat 60 lebih, baru aku terfikir: buat apa susah-susah aku tukar secara manual satu persatu, kan lebih baik aku guna fungsi "Find & Replace" untuk tukar balik "januari" kepada "jan", "disember" kepada "dis", dan sebagainya?

Celaka punya otak! Kenapa kau lambat berfungsi? Setelah enam puluh muka! Aku dah bazirkan masa berjam-jam untuk tugas yang boleh dibuat dalam masa satu saat!

Hmm... aku patut guna fungsi "Find & Replace" untuk ganti otak aku dengan yang baru!




BULAN SENDIRI

Aku pernah beritahu Owin dulu, aku dan Arai ada "bulan sendiri".

Aku: Kami ada bulan sendiri... bulan "JANuARAI" (Jan + Arai).

Owin: Eleh... aku pun ada bulan sendiri!

Aku: Bulan apa?

Owin: Err... bulan nOWINber!

(Lawak-lawak bodoh macam ni lah buat aku rindu kawan-kawan kat kampus.)