SURE BASAH!
Kem Lambaian Danau, atau KLD, adalah sebuah tempat yang indah. Tidak hairanlah nama KLD diabadikan dalam banyak peribahasa Melayu. Antaranya: mencurah air di daun KLD, miang-miang KLD, dan terima kasih daun KLD. Pengeluar aiskrim Paddle Pop turut mengeluarkan aiskrim perisa KLD yang berwarna purple.
Atas alasan itulah Geng Jurnal memilih KLD sebagai lokasi sulung program "SURE BASAH!" yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad (15 dan 16 Mei 2004) ini.
Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan cara-cara menyertai projek "Sure Basah!" sila lawat laman web http://kld.jurnal.biz
Untuk maklumat lanjut tentang waktu dan tempat berkumpul, bertolak, kenderaan yang boleh ditumpang, nombor telefon yang boleh dihubungi, dan benda-benda yang perlu dibawa ke KLD, sila klik sini...
Untuk menyemak baki panggilan, sila tekan 1. Untuk menambah jumlah panggilan, sila tekan 2.
Penyertaan masih dibuka. Jika anda berminat, tapi belum mendaftar, peluang masih ada! Sila bawa bersama borang yang lengkap diisi, beserta dengan salinan kad pengenalan dan wang RM50 pada hari Sabtu ini.
Marilah kita bersama-sama membasahkan diri di KLD. Anda boleh menambah kawan di samping berkhemah, berkayak, naik beskal, absailing, flying fox, berkaraoke, dan sebagainya. Bak kata pakcik yang suka tengok Astro tu: MACAM-MACAM ADA!!!
RONGGENG PENANG
Tengok gambar dulu, cerita kemudian...
Klik sini untuk tengok gambar...