Wednesday, April 14, 2004
HANYA DI RADIOOOO

MAT JAN DI RADIO 1, JAM 4.15 PETANG, KHAMIS (15/04/04).
# MJ | Permalink
Tuesday, April 13, 2004
YAY!
Keputusan examku:

Habis. AL212 Sarjana Muda Undang-Undang (LLB). Tunggu konvokesyen bulan September. Seronok.
# MJ | Permalink
Monday, April 12, 2004
ESOK KELUAR RESULT (DUB DAB DUB DAB)
# MJ | Permalink
Sunday, April 11, 2004
TAK ADA GAYA
Kata Meor bila aku tunjuk gambar ini:
 Dari kiri: Zumir, Mat Jan, Syahril, Fazira.
Mat Jan: Ini team mooting aku. Trial olok-olok. Lecturer bagi legal dispute, kami jadi lawyer.
Meor: Tak ada gaya lawyer pun kau. Gaya "yang tertuduh" ada la.
(Mat Jan pergi kedai mamak. Mat Jan kata: "Mamak, bagi GAYA satu!")
PESTA AIR NASIONAL
Malam tadi ada pelancaran rasmi Bulan Pesta Air, di Ampang Jajar, Alor Setar.
Agong dan Sultan Kedah dibawa belayar dari Masjid Zahir ke Ampang Jajar, menyelusuri Sungai Kedah, dengan Bahtera Diraja. Katanya Bahtera Diraja itu direkabentuk dan dihias supaya seakan-akan bahtera Raja Merong Mahawangsa. Sebab tu ada ukiran kepala burung.
Semua orang tahu dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada berbagai-bagai unsur mitos seperti burung garuda, gajah sakti, anak raja ditemui dalam buluh betung dan sebagainya. Maka, aku terbayangkan ukiran kepala burung GARUDA pada Bahtera Diraja tu.
Tapi, aku tengok semalam, kepala burung tu bukan macam garuda yang ganas, tapi macam PENGUIN. Penguin yang comel. Hmm... aku tak tahu pulak ada PENGUIN dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Aku rasa orang yang hias bahtera tu keliru Hikayat Merong Mahawangsa dengan Hikayat Batman.
# MJ | Permalink
Thursday, April 08, 2004
TIC-TAC-NOS
Anda ingin main dengan Juliana Banos?
Kini anda boleh! Dengan TIC-TAC-NOS anda boleh bermain tic-tac-toe dengan Juliana Banos. Permainan interaktif berteknologi tinggi ini membolehkan anda bermain tic-tac-toe secara online, LIVE, dengan Juliana Banos.
Apabila permainan ini di-load, monitor komputer anda akan bertindak dwi-fungsi -- sebagai monitor, dan sebagai webcam. Maka, wajah pemain akan terpancar di petak permainan. Berbeza dengan tic-tac-toe konvensional, simbol X dan simbol O dalam TIC-TAC-NOS digantikan dengan wajah pemain. Ya, wajah anda dan wajah Juliana Banos!
TIC-TAC-NOS adalah revolusi terkini dalam permainan komputer secara online. Permainan ini bakal mengubah hidup anda.
KLIK SINI UNTUK MAIN TIC-TAC-NOS.
# MJ | Permalink
Wednesday, April 07, 2004
APRIL: BULAN MELAWAT PERLIS
Pada hari Ahad (04/04/04), Mat Jan, Purbe, dan Atan pergi melawat Perlis. Mula-mula kami pergi Padang Besar. Kami makan pulut ayam.

Kami beli baju, buah, kacang dan teddy bear. Mushroom kirim teddy bear kat Purbe. Teddy bear Mushroom sudah dipeluk oleh Mat Jan terlebih dulu. Bila Mushroom peluk teddy bear tu nanti, bau ketiak Mat Jan akan melekat kat badan Mushroom.

Lepas Padang Besar, kami pergi ke Wang Kelian. Wang Kelian adalah sempadan Perlis (Malaysia) dengan Satun (Thailand).

Jalan ke Wang Kelian bengkang-bengkok dan naik bukit turun bukit. Dari atas bukit, kita boleh tengok panorama negeri Perlis. Sungguh indah ciptaan Tuhan, saujana mata memandang.

Lepas Wang Kelian, kami pergi ke Gua Kelam. Gua Kelam adalah sebuah gua yang kelam. Stalagtit dan stalagmit dalam gua itu sungguh mempesonakan.

Lepas itu kami pun pulang ke tanahair, negeri Kedah yang tercinta. Kami pergi memantau Muzium Padi yang sudah lama siap tapi belum dibuka-buka kepada orang awam. Senibina Muzium Padi sungguh canggih dan anggun.

Lepas itu kami pergi makan Nasik Lemak Royale. Nyam nyam. Nasik lemak itu sungguh sedap. Kami balik rumah tidur nyenyak.
# MJ | Permalink
Sunday, April 04, 2004
YAHOO! MESSENGER
Malam tadi aku makan-makan dengan Purbe, Cikgu Midad, dan Zaza. Salah satu topik perbualan adalah pasal YM (Yahoo! Messenger). Mereka kata orang lebih banyak habiskan masa di pejabat untuk chatting di YM daripada bekerja. Aku setuju, sebab bila aku on saja YM pada waktu pejabat nama kawan-kawan aku yang sudah bekerja mesti menyala. Termasuklah yang bekerja di sektor awam.
Kalau aku jadi PM, slogan aku: "Bekerja bersama PM, bukan bersama YM!"
TINGGI
Toye kata: "Ada member opis tu memang cukup tinggi... kalau nak ambik fail-fail yang simpan tinggi melangit kat wall cabinet, memang tak ada siapa yang aku mintak tolong kalau bukan dia."
Itu memang tanggungjawab azali orang tinggi. Di kampung, tugas tetap aku pada malam raya adalah menukar langsir. Di Shah Alam pula, tugas tetap aku adalah menukar mentol dan lampu kalimantang, baik di rumah sendiri mahupun di rumah jiran depan.
Kisah ini berlaku satu ketika dulu:
Sha (jiran depan): Orang depannnn.... tolong check lampu kalimantang ni.... nak tukar starter ke nak tukar lampu?
(Mat Jan dan Zumir pergi rumah depan check.)
Mat Jan: Lampu. Pergi beli lampu.
Sha: Okay.
Zumir: Jangan silap size pulak. Ada yang standard-size, ada yang panjang.
Sha: Ye ke? Ni standard-size ke panjang?
Zumir: Err, Sha, kau tanya pasal lampu ke pasal Mat Jan? Lampu standard-size, Mat Jan panjang.
PARTI
Pada malam tahun baru, seorang classmate Zumir buat parti. Aku tak nampak Zumir bersiap-siap pun malam tu.
Aku tanya: "Kau tak pergi parti ke Zumir?"
Zumir jawab: "Tak. Aku non-partisan."
# MJ | Permalink
Friday, April 02, 2004
Sorry Jigo, APRIL adalah BULAN NOSTALGIA. Jadi, tiada catatan isu semasa. Yang ada hanya catatan nostalgik (atau catatan bukak-album-gambar-lalu-terkenang-semasa-dulu-dan-tangkap-leleh ;p).
KANCIL

Ini kancil, yang sudah diawet, dan dipamerkan dalam cermin. Aku ambik gambar ni kat Taman Kinabalu, masa aku pergi Sabah dulu.
Yang buat aku tertarik dengan kancil ni, bukanlah kerana dia berjaya menipu sang buaya, tapi sebab nama Inggerisnya pada label itu: LESSER MOUSEDEER.
Aku terfikir: kenapa LESSER mousedeer? Adakah wujud satu spesis lagi yang bernama GREATER mousedeer? Hmm... gamaknya greater mousedeer tu sama dengan mousedeer biasa, tetapi dia lebih hebat pencapaian akademik, serta lebih aktif dalam sukan dan kokurikulum. Muka dia pun lebih handsome. Tentu ramai kancil betina minat kat dia.
FOKKER
Untuk pergi kuliah, aku kena naik bas mini. Disebabkan aku tinggi, dan bas mini tu kecik, aku jadi tak selesa. Kalau aku berdiri, kepala aku kena siling. Kalau aku duduk, lutut aku kena kerusi depan.
Bukan naik bas mini saja, bila naik pesawat Fokker pun, aku rasa tak selesa juga. Dua tahun lepas, aku naik Fokker dari Kota Kinabalu ke Kuching.

Aku beritahu kawan aku: "This FOKKER is too small for me. I need a bigger one, a MOTHERFOKKER!"
# MJ | Permalink
Thursday, April 01, 2004
KOREA
Kisah ini berlaku dua tahun lepas, tapi aku tak cerita dalam blog.
Aku bukan saja kecewa, bila tak dapat pergi Korea (rujuk wawancara dengan Sultanmuzaffar). Malah aku malu juga. Malu sebab aku dah beritahu satu dunia yang aku nak pergi, tapi tiba-tiba tak jadi.

Tapi Tuhan gantikan pengalaman pergi Korea dengan pengalaman lain. Aku dapat jadi Yang Dipertua (YDP) MPP, walaupun hanya untuk 10 hari. Klik sini untuk maklumat lanjut.
KONVO
Masa aku jadi YDP, universiti tengah konvo. Di universiti aku, selain dekan-dekan, YDP MPP juga dijemput join perarakan besar semasa istiadat konvo. Jadi dapatlah aku pakai topi mortarboard dah jubah tu. Aku pakai jubah hitam yang dipakai oleh dekan, bukannya jubah biru tua yang dipakai oleh pelajar.
Lepas tu aku pun berarak bersama-sama Naib Canselor (NC), Timbalan-Timbalan NC, Penolong-Penolong NC, dan Dekan-Dekan Fakulti, jalan atas red carpet, masuk dalam dewan dan naik atas pentas. Yang bestnya, masa kami masuk tu, semua orang berdiri. Ada iringan muzik orkestra lagi! Bangga woo...
Ibu bapa yang tengok aku mesti ingat aku profesor muda, sebab dekan-dekan lain semua janggut dah putih.
Kat atas pentas, ada buku aturcara konvo dan nama budak-budak yang grad, di atas kerusi kami. Aku pun bukak buku tu, ada sehelai kertas nota kecil:

"What an insult!" bisik hati aku. Kau tak patut tulis nota macam ni, yang atas stage ni bukan budak tadika. They are professors and PhD holders! Of course they know how to behave!
Selepas sejam duduk atas pentas, aku dapat lihat dua-tiga orang dekan yang tidur, dan dua-tiga orang dekan yang bersembang. "Okay!" bisik hati aku.
Lepas sidang selesai, kami berarak keluar. Aku boleh makan semeja dengan dekan-dekan kalau aku mahu, tapi aku memilih untuk makan dengan para ibu bapa. Dari pakaian mereka, ada mak bapak yang nampak macam orang susah dari kampung. Tapi di muka mereka terpancar sinar kebanggaan melihat kejayaan si anak.
Bilalah pulak giliran aku nak berkonvo? Tak sabar rasanya nak jadi anak kebanggaan mak dan ayah...
# MJ | Permalink
|