Wednesday, March 31, 2004
LAWAK
Seorang pengunjung blog ini, Panji Wilmana, bertanya: "Adakah Mat Jan mendapat kepuasan dengan respon pujian dari lawak yg u buat?"
Kadang-kadang aku mendapat kepuasan. Tapi selalunya aku mendapat kehairanan.
Aku hairan bila ramai yang mengaku ketawa sampai keluar air mata bila baca lawak tertentu. Contohnya, jawapan "handphone, laptop dan helikopter" aku dalam wawancara dengan Sultanmuzaffar. Aku rasa benda tu taklah lawak sangat.
Tapi benda macam ni bukan kali pertama berlaku. Dua tahun lepas aku pergi birthday party kawan aku. Tengah aku minum-minum, ada seekor kucing datang nak bermanja dengan aku. Aku allergic bulu kucing, jadi sebelum aku bersin-bersin sampai merah-merah hidung, aku pun tolak-tolak kucing tu dengan kaki.
Tiba-tiba seorang budak pompuan yang tak aku kenali, kawan kepada kawan aku gamaknya, datang mendukung kucing tu dan menggosok-gosok membelainya.
Budak pompuan tu tanya aku: "Awak tak suka kucing ke?"
"Suka," aku jawab, "tapi saya tak suka kucing mentah macam ni. Saya suka kucing masak merah, atau kucing masak kicap."
Dan, di luar jangkaan aku, budak pompuan yang nampak sopan-santun budi-bahasa ni ketawa terbahak-bahak sampai keluar air mata.
Aku hairan. Aku rasa jawapan aku tu taklah lawak sangat.
Orang-orang macam ni, aku rasa, mengalami "Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Lawak".
FOOTNOTE
Hanya dalam buku teks law, aku rasa, kita boleh jumpa footnote yang lebih panjang daripada teks utama.
Klik sini untuk contoh.
Footnote berjela-jela untuk explain dua baris teks!
Pada asalnya, footnote dipanggil footnote sebab posisinya di bahagian kaki mukasurat. Tapi bila footnote mendominasi bukan sahaja bahagian kaki tetapi bahagian badan mukasurat juga, aku confused. Patutkah aku panggil footnote itu "footnote" atau patut aku panggil teks utama itu "headnote" ??? Hmm...
# MJ | Permalink
Monday, March 29, 2004
PROJEK KATAK
Lompat si katak lompat, lompatlah tinggi-tinggi Cepatlah adik cepat, bangun pagi gosok gigi Kalau adik... lambat bangun... nanti adik akan rugi Lalalalalalala lalalalalalala adik akan rugi
Itu adalah lirik lagu rakyat "Lompat Si Katak Lompat" kalau kau nak menyanyi nanti. Tok Rimau mungkin bangga dengan projek movie Cakaramanya. Aku nak bangga dengan projek midi "Jongkang Megamix" aku.
Dengan bantuan sepupu aku Ayi, dan software midi ENCORE-nya, aku berjaya menghasilkan lagu Lompat Si Katak Lompat versi rock-heavy-metal-palahangguk-head-banging. Ayi buat arrangement asal, dan DJ Mat Jan buat remix. Lagu ini aku namakan "LUKATAKRILLI" (gabungan nama katak dan nama kumpulan metal Luca Turilli).
Bukak speaker kuat-kuat dan KLIK SINI.
Dan ini pula remix lagu Lompat Si Katak Lompat dengan lagu Coolio, Gangsta's Paradise. Arrangement lagu Lompat Si Katak Lompat dibuat oleh Ayi, manakala midi Gangsta's Paradise pula di-download dari internet (buka fail midi dengan software seperti Encore, untuk lihat nama penggubah asal). Seperti biasa, DJ Mat Jan telah mix kedua-dua lagu ini. Hasilnya, gabungan lagu ini aku namakan KATAK'S PARADISE.
Pusing volume pada kadar maksimum dan KLIK SINI.
Sesiapa yang ada midi-sequencer boleh hasilkan midi Lompat Si Katak Lompat versi masing-masing, dan sumbangkan kepada DJ Mat Jan untuk dimuatkan dalam PROJEK KATAK -- kompilasi megamix lompat si katak lompat versi millenium alaf baru.
(Kedua-dua midi boleh di-download untuk kegunaan peribadi. Jika digunakan di laman web, harap sudi letakkan link ke http://jongkang.blogspot.com, terima kasih.)
# MJ | Permalink
Friday, March 26, 2004
TUKAR
Jemu dengan yang lama, aku tukar bahagian atas layout. Bagi yang kali pertama sampai ke sini, klik sini untuk tengok yang lama.
TAHUN JONGKANG JONGKET
Sebab exam dan pilihanraya, aku terlupa nak cerita, dalam majalah i-Remaja isu Mac (cover: Siti Sarah) ada senarai pemenang Anugerah GJ. Ini kali kedua Jongkang Jongket keluar dalam i-Remaja.
Bulan lepas (Februari) keluar sebagai salah satu pemenang kategori Best Malaysian Blog (dalam Asia Weblog Awards), bersama-sama Sultanmuzaffar dan Muring. Kali ini keluar sebagai pemenang Weblog Terbaik GJ 2003.
Klik sini untuk tengok scan.
WAWANCARA
Aku bukan peserta Akademi Fantasia, tapi aku dapat publisiti di blog dia. Sultanmuzaffar interview aku.
Klik sini untuk baca wawancara tersebut.
# MJ | Permalink
Wednesday, March 24, 2004
YUSRY: PELAKON TERBAIK
 Setelah menonton movie Mr Cinderella, Cinta Kolesterol, dan Kuliah Cinta, aku dapati Yusry memang tak pandai berlakon. Dia tak ada ekspresi muka. Dia tak ada intonasi suara. Dia hampeh.
Tak ada improvement langsung sejak lakonan sulungnya dalam Awas: da Movie. Namun masih kita disajikan produser filem kita dengan lakonan hampeh Yusry (filem akan datang: Hingga Hujung Nyawa).
Bakat Yusry bukan kat situ (lakonan). Kalau aku jadi Yusry (KALAU, aku bilang, KALAU), aku berhenti berlakon dan stick pada nyanyian. Aku suka lagu Yusry (Dekat Padamu, Jika Kau Tiada, Warna Kehidupan). Tapi lakonan Yusry, ahh...
(Aku baru menonton vcd Kuliah Cinta malam tadi. Pengalaman yang sungguh menyeksakan.)
# MJ | Permalink
Tuesday, March 23, 2004
SPESIS TERANCAM DI MALAYSIA
 ORANG UTAN Nama saintifik: Pongo pygmaeus Habitat: Hutan paya tanah pamah di Borneo dan sebahagian kecil Sumatera. Fakta ringkas: Pernah hidup dalam hutan di tanah besar Asia Tenggara tetapi pupus akibat aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat oleh manusia. Langkah pemuliharaan: Dilindungi oleh undang-undang di Malaysia dan Indonesia. Ada taman pemuliharaan orang utan di Sepilok, Sabah.
 TAPIR Nama saintifik: Tapirus indicus Habitat: Hutan di Semenanjung Malaysia dan Sumatera. Hidup di ketinggian aras laut hinggalah ke kawasan tinggi. Fakta ringkas: Diancam kepupusan akibat dimakan harimau dan aktiviti manusia. Selain pemusnahan habitat oleh manusia, tapir juga diburu oleh mereka yang gemar memakan daging hidupan liar. Langkah pemuliharaan: Dilindungi oleh undang-undang di Malaysia. Inisiatif mewujudkan taman pemuliharaan oleh kakak Emma dan kawan-kawan.
 PEMBANGKANG Nama saintifik: Oppositus partus Habitat: DUN dan Parlimen Fakta ringkas: Spesis paling terancam di Malaysia. Hanya tinggal 21 di Parlimen dan 53 di DUN. Hampir pupus di Perlis, Pahang dan Johor. Langkah pemuliharaan: Walaupun ada individu dan NGO yang memperjuangkan demokrasi dan kebebasan media untuk melindungi spesis ini, tetapi majoriti rakyat Malaysia memilih untuk menghapuskannya. Media menggambarkannya sebagai liar dan berbahaya, dalam usaha melindungi spesis barisanus nasionalus.
# MJ | Permalink
Monday, March 22, 2004
SURVIVOR 11: THE PARLIAMENT

"HADI, THE TRIBE HAS SPOKEN. YOU HAVE BEEN VOTED OUT!"
{*bunyi muzik Survivor yang undi keluar tu*}
Obor Hadi dipadamkan. Hadi melangkah keluar dari Parlimen.
DUA PER TIGA
Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing German, Dua tiga boleh ku cari, Mana nak sama dua per tiga di Parlimen.
BN mendapat kemenangan 2/3 (kerusi Parlimen ke-146) pada pukul 1:46 pagi. Aku dah dapat petanda lebih awal {*masukkan muzik X-Files di sini*}. Poll aku pasal kategori pengundi tu mendapat 146 undi juga:

Wow! Aku nak contact penerbit Misteri Nusantara, serta editor Variasari.
Parlimen tidak boleh menggubal undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan. Kira macam safeguard-lah, supaya undang-undang tidak boleh digubal sesuka hati. Masalahnya, Perlembagaan itu sendiri boleh dipinda dengan persetujuan 2/3 ahli Parlimen. Itu yang pentingnya dapat 2/3. Kerajaan boleh buat apa saja, tanpa safeguard.
Tahniah pada parti komponen Barisan Nasional -- UMNO, MCA, MIC, RTM, TV3, Berita Harian, Utusan Malaysia, The Star, NST, Sin Chew Jit Poh, Era FM, Mix FM dan My FM.
KIRA SEMULA
Pukul 10 pagi nanti (aku menulis ini pada pukul 4 pagi), jumlah undi untuk kerusi Permatang Pauh, Kota Melaka, Bukit Bintang, Ipoh Barat, dan Batu Gajah akan dikira semula. Dr Wan Azizah "menang" kerusi Permatang Pauh dalam dua kiraan semula, dengan kelebihan 27 dan 28 undi masing-masing (pada kiraan pertama, dia kalah 36 undi). Enam jam lagi akan ada kiraan semula untuk kali ketiga.
Berapa kali boleh kira semula ha? Ada had tak?
KELAM KABUT
Apahal kelam-kabut kat Selangor tu SPR? Data pengundi dalam komputer tak sama dengan data yang atas kertas. Yang atas kertas tu, kau print dari mana? Habis orang buang masa berjam-jam, bergerak dari satu pusat ke satu pusat, check nama, nak mengundi punya pasal. Sampai waktu mengundi terlanjut-lanjut pulak.
Lepas tu ada pulak kertas undi yang tersilap print! Adoi!
Kalau majlis sukaneka budak tadika ada cacat cela, aku boleh tolerate. Tapi ini PILIHANRAYA UMUM, masa depan negara ni, jangan main-main.
# MJ | Permalink
Sunday, March 21, 2004
Hari ini hari paling bersejarah dalam hidup aku. Hari ini aku mengundi buat kali pertama, dan menonton BULI buat kali kedua.
# MJ | Permalink
Thursday, March 18, 2004
EXCITED
Hari Ahad ni (21/03/04) aku akan mengundi buat KALI PERTAMA. Sebab tu aku excited. Sebagaimana aku excited masa kali pertama pergi sekolah. Sebagaimana aku excited masa kali pertama naik kapal terbang. Sebagaimana aku excited masa kali pertama masuk TV. Sebagaimana aku excited masa kali pertama berr... err... hehe... lupakan! Point aku adalah: aku excited.

Penggal lepas, orang Taman Sultan Badlishah mengundi untuk Parlimen Alor Setar dan DUN Kota Darulaman. Tapi penggal ni SPR suruh kami undi untuk Parlimen Kuala Kedah dan DUN Kubang Rotan pulak.
Penyandang kerusi Parlimen Kuala Kedah, Mat Sabu (PAS), akan ditentang oleh Hashim Jahaya (BN). Manakala Saifudin Nasution (KEADILAN) akan menentang penyandang kerusi DUN Kubang Rotan, iaitu Encik Menteri Besar, Syed Razak (BN).

PILIHANRAYA
Pilihanraya adalah proses rasmi untuk memilih wakil kita di Parlimen dan DUN. Pilihanraya memberi peluang kepada kita untuk membuat pilihan politik melalui undi. Inilah masanya kita memilih, atau tidak memilih, calon, atau parti, yang kita berkenan, atau tidak berkenan.
Bagi penyokong taksub parti politik, pilihanraya adalah hari mereka membuktikan taat setia pada parti. Kalau parti letak babi jadi calon pun, mereka akan undi parti tersebut. Bagi penyokong taksub individu pulak, mereka akan undi individu tersebut, tak kira sama ada dia bertanding atas tiket parti cap ayam, parti cap itik, ataupun sebagai calon bebas.
Tapi bagi pengundi yang bebas, yang tidak taksub pada mana-mana parti politik atau individu, mereka akan mengundi untuk memelihara demokrasi. Mengundi untuk check-and-balance. Mengundi untuk seimbangkan kuasa antara pemerintah dengan pembangkang.
Pada pengundi bebas, sebagaimana budak kecik tak boleh pegang duit banyak-banyak, seperti itu jugalah pemerintah tak boleh pegang kuasa banyak-banyak. Semakin banyak kuasa yang dipegang, semakin tinggi kebarangkalian untuk kuasa disalahgunakan.
Supaya demokrasi terpelihara dan kuasa pemerintah terkawal, pengundi bebas akan berubah-ubah sokongan, terhadap parti dan calon, dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya yang lain. Pengundi bebaslah, sebenarnya, sumber terpenting kepada perubahan dalam sebuah negara demokrasi.
SELAMAT MENGUNDI.
# MJ | Permalink
Sunday, March 14, 2004
BERMUKA-MUKA
Kawan aku kata: orang politik pandai bermuka-muka. Boleh "tukar-tukar muka" ikut tempat dan masa.
Aku kata: macamlah kita tak tahu.
Bayangkan, kalau kita betul-betul boleh tukar-tukar muka. Contohnya, mari kita tukar-tukar muka budak tiga ekor ni. Dari kiri: Malee, Mat Jan dan Sha.

Mula-mula kita tukar muka Mat Jan dengan muka Malee. Wahh... Mat Jan nampak sungguh ayu bertudung. Muslimah sejati gitu! Badan Mat Jan + muka Malee pula nampak macam Zaini Ahmad, pengacara "7 Di Pihak Anda" (NTV7).

Kemudian kita tukar muka Mat Jan dengan muka Sha pula. Wahh... muka Sha + badan Mat Jan = jejaka jelita gitu!

Kalau kita tengok gambar kedua dan ketiga tu, kita boleh tahu muka tu bukan muka sebenar tuan punya badan. Sebab nampak artificial. Nampak macam ada yang tak kena. Macam itulah jugak bila orang politik bertukar-tukar muka. Sekali tengok pun kita boleh tahu sama ada itu "muka" dia yang sebenar atau tidak.
Mereka ingat kita tak tahu.
Kita bukan bodoh.
# MJ | Permalink
Friday, March 12, 2004
BULI
Exam habis semalam (11/03/04) jam 12:00 tengah hari, dan malam tadi menonton wayang, cerita BULI.
Cerita orang depressed. Depressed sebab sepanjang hidup dibuli dan diejek. Sepanjang hidup dibuli dan diejek sebab gemuk. Depressed sampai tahap nak cederakan diri sendiri dengan pisau.
Setiap babak melekat dalam kepala hotak. Sama ada kau gelak atau kau sebak. Afdlin bukan saja pandai buat komedi, malah pandai main emosi. Reformasi dalam filem komedi tempatan. Walaupun komedi, tapi ada isu hendak diketengahkan, ada mesej hendak disampaikan. Dan paling penting, mesej itu sampai.
Effect dan shot yang biasa kita lihat dalam filem independent, ada dalam BULI. Contohnya Afdlin berdiri di tengah-tengah KL dan orang-orang di sekelilingnya berjalan laju-laju, dan shot dari dalam mangkuk jamban, dan dari dalam sinki.
Lakonan mantap dari semua pelakon. BULI menghiburkan sehingga minit terakhir.
Rumusan dalam lima perkataan: best gila babi nak mampos.
LAWAT: www.bulimovie.com
# MJ | Permalink
|