Monday, February 16, 2004
PERFUME YANG HETEROPHOBIC
Berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli-belah, dan seorang salesgirl kaunter perfume menahan dan menyembur perfume di pergelangan tanganku.
Aku (menghidu): Femininlah bau dia. Ini perfume laki ke pompuan?
Salesgirl: BISEX. Lelaki boleh, perempuan pun boleh.
Aku: BISEX? Saya tak boleh pakailah, saya STRAIGHT. Hahaha.
Salesgirl terpinga-pinga macam tak paham.
Aku: Tak apalah.
Aku berlalu dari situ. Bukan unisex ke sepatutnya?
IKLAN YANG BAHAYA
Kadang-kadang orang komplen dalam suratkhabar pasal iklan yang tersiar kat tv. Ada sekali tu orang komplen pasal iklan krim penegang payudara Pretty Woman. Dia kata iklan itu bahaya sebab ada gambar perempuan tayang "sebahagian besar buah dada".
Aku pun dok tunggu bilalah pulak orang nak komplen pasal iklan kad kredit VISA. Pada aku, iklan tu lagi bahaya.
Dalam iklan kad kredit tu, ada seorang lelaki tengah shopping. Dia main ambik aje barang yang ada tanda "offer" masuk dalam troli. Bila sampai kat kaunter, dia bukak wallet dan sedar dia tak cukup duit. Masa itulah keluar suara: "PERBELANJAAN TAK DIRANCANG? GUNALAH KAD KREDIT VISA!". Mamat tu pun keluarkan kad, dan cashier pun tersenyum girang.
Bahaya betul iklan tu. Kad kredit sepatutnya untuk memudahkan orang kerana tak perlu bawa cash. Tapi dia mendidik orang menggunakan kad kredit untuk perbelanjaan tak dirancang. Ini menggalakkan budaya berhutang dan reaksi berantai dari budaya itu: bankruptcy dan kegawatan ekonomi.
Kegawatan ekonomi pula boleh menyebabkan: company tutup, orang kena buang kerja dan pengangguran. Bila orang kena buang kerja, boleh menyebabkan krisis rumahtangga dan mungkin, perceraian. Pengangguran boleh mendorong orang melakukan jenayah, dan perceraian boleh menyebabkan anak-anak terlibat dengan gejala sosial. Peningkatan kadar jenayah dan gejala sosial boleh memusnahkan negara.
Bayangkan betapa bahayanya kesan "perbelanjaan tak dirancang" kepada sosio-ekonomi negara. Tapi tak ada orang komplen pun pasal iklan tu. Malah kementerian yang berkaitan tak ambil apa-apa tindakan.
Di negara kita, orang lebih nampak bahaya tetek daripada bahaya perbelanjaan tak dirancang.
(Bacaan tambahan: USE CREDIT CARD WISELY)
# MJ | Permalink
Thursday, February 12, 2004
DARAH & WEBLOG

"...Mat Jan datang dari keluarga weblog yang kuat. Budaya dan seni weblog mengalir dalam darah Mat Jan. Ayah dan kakaknya adalah penulis weblog yang aktif. Tidak mustahil, Mat Jan akan memilih pasangan dari kalangan penulis blog Malaysia..." -- kata Tok Rimau dalam catatan blognya bertarikh 06/02/04.
JODOH & KERJAYA
Menarik, aku rasa, bila ada orang lain meramal masa depan aku. Mereka macam tukang tilik.
Tok Rimau membuat ramalan jodoh aku:
"...tidak mustahil, Mat Jan akan memilih pasangan dari kalangan penulis blog Malaysia..."
Majalah i-Remaja (isu Februari 2004) pula membuat ramalan kerjaya aku:
"...seorang bakal peguam yang tidak mustahil menjadi ahli politik suatu hari nanti..."
(Ya kawan-kawan, Jongkang Jongket keluar di media cetak... LAGI!)
Ada siapa-siapa lagi nak BUAT RAMALAN?
BLOG & MAJALAH
"2003 Tahun Blog Meriah Anugerah". Tajuk artikel di mukasurat 58, majalah i-Remaja, isu Februari 2004.
Dia cerita pasal Asia Weblog Awards, dan pemenang utama untuk kategori "Best Malaysian Blog" iaitu blog Sultanmuzaffar, Muring Wien dan Jongkang Jongket.
Dan dia cerita pasal British Blog Awards 2003 juga.
Di mukasurat 18, majalah KLue isu 53, ada ini:
Blog Awards
"And the best blog entry for 2004 goes to..." How one's opinions and thoughts can become so hot that it has its own awards is just mind-boggling.
Hehe. Kalaulah dia tahu ada peminat Jongkang Jongket minta autograf aku. (Yes magazine-writers, we bloggers are THAT hot! ;p)
# MJ | Permalink
Monday, February 09, 2004
SEARCH & ROCK KANGKANG
Dah lama tak layan konsert. Last sekali aku tengok, konsert band Indonesia DEWA, kat Stadium Malawati Shah Alam, pada 14/03/03. Orang tak ramai.
Hari Sabtu, 07/02/04, aku pergi tengok konsert Search kat Stadium Merdeka. Ramainya manusia. Penuh stadium. 25,000 orang. Amy kata tiket sold out, ada 6,000 orang kat luar stadium tak dapat masuk.
Aku masih sekolah rendah masa kemuncak zaman "rock kangkang". Aku, dan sepupu-sepupu aku memang layan habis Search, Wings, Lefthanded, May, BPR (sekadar menyebut beberapa nama). Walaupun citarasa muzik berubah selari dengan usia, tapi bila pergi karaoke, lagu rock kangkang tetap menjadi pilihan hatiku. (Rudy, Amyz, Pikor, bila nak karaoke-nya?)
Konsert Search Sabtu lepas adalah konsert pertama selepas LIMA TAHUN Search berpecah. Tak hairanlah ramai manusia datang, rindu gamaknya dengan suara Amy.
Konsert dimulakan dengan persembahan band rock Indonesia GODBLESS. Walaupun mereka main bagus, tapi aku tak suka sebab aku nak tengok Search. Mungkin ini strategi penganjur untuk menarik warga Indonesia ke konsert ini.
Masuk lagu ketiga mereka, hati aku dah menyumpah: ini GODBLESS ke GODDAMN? Dan aku rasa, majoriti penonton lain pun berkongsi rasa yang sama dengan aku, berdasarkan jumlah jari hantu yang diacukan, dan pekikan "WE WANT SEARCH! WE WANT SEARCH!" semasa Godbless sedang perform.
Di tengah-tengah konsert, AWIE datang menyampaikan mesej DBKL: HENTIKAN LUMBA HARAM. Awie dan Godbless berduet lagu SETAN-SETAN JALANAN yang ditujukan khas buat pelumba haram.
Selepas itu, SEARCH pun muncul, dengan 18 lagu. Sepatutnya 21, tapi terpaksa stop sebab jam dah 12:00 lebih (DBKL suruh konsert habis pukul 12:00). Mereka mula dengan FANTASIA BULAN MADU, dan habis dengan ROZANA.
Persembahan Search bagus. Tapi bak kata Ijat, Search punya performance, dari dulu sampai sekarang, cuma Amy aje yang bergerak. Guitarist/bassist statik kat atas stage, tak berubah posisi sampai habis konsert. Ijat membandingkan dengan persembahan Wings, yang guitarist/bassist-nya berlari-lari atas stage, melutut, berdiri atas sound box, melompat, dan berkepit-kepit dengan vokalis (Awie). Juga dengan Rusty Blade, yang vokalis/guitarist/bassist-nya siap buat aksi "tugu negara" lagi.
(Aksi "tugu negara" = guitarist/bassist melutut sambil pegang gitar macam pegang senapang dan vokalis berdiri dengan sebelah kaki memijak peha guitarist yang sedang melutut.)
Lighting dan sound system bagus, pada aku. Bunyi cukup kuat dan jelas. Tapi Emran kata, sound tak cukup kuat (dia gila kot!). Kata Emran, selagi jantung dia tak berdegup ikut bunyi drum, tak bagus.
Ramai artis datang tengok. Aku nampak budak Exist, Pretty Ugly, Metalasia, Seha, Man Kidal. Orang kata M Nasir dan Ramli Sarip pun ada. Dan aku jumpa kawan-kawan aku juga.
Berdasarkan sambutan hangat terhadap konsert Search ini, mungkin band rock kangkang 80-an lain pun akan tergerak hati untuk bersatu semula dan buat konsert. WINGS, aku harap. Secara peribadi, aku lebih minat Wings daripada Search. Aku tahu lagu-lagu Wings dari album pertama BELENGGU IRAMA lagi, dan tak pernah miss album Wings sehinggalah Awie keluar Wings, dan dunia pun menjadi suram.
Kalau buat konsert SEARCH & WINGS pun bagus juga.
(Leher aku masih lenguh dan sakit akibat head-banging.)
# MJ | Permalink
|