Thursday, November 11, 2004
GATHERING RAYA GJ UTARA
Tarikh: Hari Raya Ketiga Tempat: Caveman BBQ Park, Sungai Petani Masa: 8:00 PM
Sungai Petani dipilih kerana terletak di tengah-tengah zon utara (Perlis, Kedah, Penang, Perak). Blogger dan pembaca blog, terutama yang sebelah utara, dijemput hadir memeriahkan majlis. Boleh makan-makan, boleh sembang-sembang, boleh berkenal-kenalan, dan boleh beli Gangguan Teksual II :)
Caveman BBQ Park mengamalkan konsep makan dalam taman. Bakar BBQ di bawah pepohon nan rendang, di bawah sinaran bulan purnama, ewah! Ada ayam, daging, ikan, etc. Harga: ikut banyak mana kita makan. RM5.00 boleh makan, RM10.00 boleh kenyang, RM15.00 boleh muntah.
"Hang keluar plaza tol Sungai Petani Utara, hang belok kiri, ke arah bandar. Hang terusss saja sampai nampak Tesco sebelah kiri. Lepas traffic light kat Tesco tu, tak sampai 1 km kemudian hang akan nampak pintu gerbang Caveman BBQ Park," ujar Purbe dengan nada girang.
 Kalau nak pergi, SILA KLIK SINI dan isikan nama serta number handphone kau (tick "private entry"). Kau akan dihubungi oleh Purbe, AJK GJ Utara.
PERGILAH. KALAU TIDAK KAU AKAN MENYESAL.
# MJ | Permalink
|