Friday, November 05, 2004
BERCAKAP DENGAN JAN
[Maaf, lama tak update. Aku pergi Amerika Syarikat seminggu, berkempen untuk Bush.]
Kalau Tamar Jalis terkenal dengan siri "Bercakap Dengan Jin", Tok Rimau pula muncul dengan siri "Bercakap Dengan Jan". Hmm... nama "Tok Rimau" sesuai untuk cerita misteri kan? Macam "Tok Awang Ngah" gitu.
Assalamulaikum,
GJ memerlukan suara dari saudara untuk tujuan promosi Gath 2004 dan AWET 2004. Sudilah apa kiranya menjawab soalan-soalan berikut:
Rudy (2001), Fajar (2002) dan Mat Jan (2003) adalah nama yang tidak asing lagi dalam arena weblog tanahair. Mereka merupakan pemenang Anugerah Weblog Terbaik (AWET) Geng Jurnal. Berikut adalah temubual Presiden GJ 2004, Tok Rimau dengan Mat Jan.
1. Apa perasaan saudara bila diiktiraf sebagai pemenang weblog terbaik 2003?
Riyak dan takabbur.
2. Apakah yang membezakan penulisan saudara dengan pemenang yang dua lagi (Rudy dan Fajar)?
Saya masih bujang, yang dua lagi sudah berkahwin. Oh, beza penulisan? Saya menulis dengan gaya humor dan bahasa santai, yang dua lagi menulis dengan gaya sentimental-melankolik-romantika d'amor dan bahasa sastera berbunga-bunga. Rudy kurang sikit unsur jiwangya. Fajar hmm... kalau Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan, maka Fajarlah Bapa Kejiwangan.
3. Apakah tema yang gemar saudara ketengahkan dalam penulisan-penulisan weblog saudara?
Saya gemar tema "Keranamu Malaysia" dan "Patriotisme Asas Perpaduan".
4. Apakah masadepan halatuju hobi penulisan weblog saudara?
Saya ingin jadikan penulisan blog sebagai kerja sepenuh masa. Kerja lain tu hobi saja.
5. Apakah peristiwa paling besar yang memberi kesan mendalam hidup saudara sepanjang 2004?
Graduation.
6. Bagaimanakah Geng Jurnal memberi impak kepada hidup saudara?
Tanpa Geng Jurnal, saya mungkin berkawan dengan penulis-penulis blog lain secara maya sahaja. Tapi dengan Geng Jurnal, saya dapat berkawan dengan mereka secara nyata. Kawan-kawan yang ramai satu Malaya. Terima kasih Mie kerana mengasaskan Geng Jurnal!
7. Cadangan satu aktiviti yang belum pernah Geng Jurnal jalankan untuk dipertimbangkan dalam 2005.
Satu saja? Saya boleh cadangkan empat. Mendaki Gunung Everest, berlayar solo keliling dunia, berenang Selat Inggeris dan membuat keropok lekor terpanjang.
8. Apakah harapan saudara akan majlis AWET dan Perhimpunan Geng Jurnal 2004?
Pertama, AWET.
Banyakkan kategori anugerah yang dipertandingkan. Saya cadangkan:
1) Kategori "Weblog Cap Ibu & Anak Terbaik" untuk blog keibubapaan seperti Kak Pnut, Mak Andeh, dan Kak Zar. (Ubat batuk Cap Ibu & Anak tentu berminat menaja kategori ini.)
2) Kategori "Weblog Seni/Hiburan Terbaik" untuk blog yang review filem/album/teater/reality-tv seperti Sultanmuzaffar, Spiral (Skrin), Fadz (Tonton Filem).
3) Kategori "Weblog Sosio-politik Terbaik" untuk blogger seperti Pakdi dan lain-lain.
4) Kategori "Best-kept-secret Weblog" (tiru Bloggies) untuk blog yang content-nya bagus tapi kurang popular (dari segi jumlah hits, jumlah comments dan jumlah blog yang link-kannya) untuk blogger seperti Encik Khairul, D'arkampo dan Nazmi (bukunota).
Kedua, Perhimpunan (Gathering).
Berdasarkan rekod, gathering semakin tahun semakin grand. Saya percaya gathering tahun ini akan lebih grand daripada tahun sudah. Itu harapan semua orang saya rasa.
9. Dimanakah letaknya kepuasan menulis weblog?
Tak ada deadline: Kita boleh tulis bila-bila masa kita suka.
Self-censorship: Kita berhak tentukan apa yang kita nak tulis dan apa yang kita tak nak. Tak ada editor nak sunting itu ini atau arah itu ini.
Komen pembaca: Kalau menulis weblog itu sexual intercourse, maka inilah orgasm-nya. Kepuasan maksimum melihat komen pembaca, baik positif mahupun negatif. Kita dapat berkongsi idea dan bertukar fikiran dengan orang lain.
10. Calonkan 3 url weblog untuk dipertimbangkan dalam Anugerah Weblog Terbaik 2004.
Jawapan untuk soalan ini tidak diterbitkan atas sebab-sebab tertentu.
[Masuk blog Tok Rimau untuk temubual penuh dengan Rudy, Fajar dan Mat Jan.]
# MJ | Permalink
|