Saturday, October 16, 2004
HADIS FORWARD
Kawan-kawan yang suka forward email porn dan email gossip tiba-tiba forward email hadis. Kawan-kawan yang suka update blog dengan entry syaitanik tiba-tiba update blog dengan entry Islamik. Itu magic-nya Ramadhan, bulan keinsafan.
Setiap tahun bila Ramadhan tiba, ada satu hadis tentang fadhilat solat tarawih akan tersebar. Bukan saja di-forward ke email kita, bahkan di-paste di laman web juga.
Hadis itu berbunyi:
Ali r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda fadhilat solat tarawih pada:
Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam Kedua: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam Ketiga: Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosanya.
...dan kelebihan-kelebihan seterusnya sampailah ke malam yang ke-30.
Kawan-kawan, hadis ini adalah HADIS PALSU.
Baca ARTIKEL DI LAMAN WEB MUFTI TERENGGANU ini.
SELAMAT BERPUASA KAWAN-KAWAN.
# MJ | Permalink
|