Wednesday, October 20, 2004
BUKAN BLOG PAK HANG
Nampaknya entry "BUKAN ORANG BIASA" aku tersebar luas di internet. Di-copy dan disebar tanpa kebenaran dan tanpa kredit pada aku. Terima kasih Kaezrin, Khaizarina dan Sultanmuzaffar kerana memaklumkan.
Geram jugak. Kita penat-penat tulis, lepas tu orang suka-suka hati saja copy dan sebarkan tanpa menyatakan sumber asal. Lagi sakit hati, bila benda ni tersebar luas, ada orang ingat aku yang ciplak.
Aku tulis "Bukan Orang Biasa" dan publish dalam blog ni pada 18 OKTOBER pukul 6:15 AM. Aku tak tahu siapa yang mula-mula copy dan forward/paste entry aku tu, tapi ini yang dapat aku kesan:
1) Di-paste di forum:
Di-paste di forum cari.com.my, mesra.net, putera.com, kedai.com.my, artismelayu.net, bincang.net dan melayu.com.
2) Di-foward ke email-email:
Tak tahu siapa yang mula-mula foward. Tapi yang paling awal dikesan: 18 Oktober pukul 11:44 AM.
3) Dijadikan blog entry:
Oleh Cik Lebah pada 22 OKTOBER 2004 pukul 2:00 AM. Oleh Adeeb pada 20 OKTOBER pukul 4:01 PM. Oleh Farking pada 19 OKTOBER pukul 3:49 PM.
4) Di-paste di Message Board Sitizone (Laman Web Rasmi Siti Nurhaliza)
Oleh Pretty hillarious pada 19 Oktober pukul 5:46 PM.
5) Harakahdaily
Dia tulis: "Baru-baru ini, Harakahdaily telah menerima salinan lirik itu dari seorang pembaca."
---
Untuk rekod, ini bukan insiden pertama blog entry di-copy dan disebarkan secara meluas tanpa kredit pada penulis asal. Antara yang popular: Entry "WARKAH BUAT IBU" oleh Kak Aquil, entry "HARGA SEBUAH DIRI" oleh Nureffa, dan entry "KISAH ADIK-BERADIK" oleh Pakdi.
Dari segi undang-undang, penulisan juga adalah HARTA. Penulisan dikategorikan sebagai "harta intelek" (intellectual property). Ada orang tak kisah harta dia dicuri. Tapi aku kisah.
Jika kau suka mana-mana entry dalam blog ni, dan nak share dengan kawan-kawan, copy ALAMAT WEB dalam "PERMALINK" di bawah entry berkenaan. Copy alamat tu dan forward/paste alamat web tu kat email/forum. Bukan copy entry.
Dengan cara itu, bukan saja kawan-kawan kau dapat baca entry tu, malah aku pun dapat baca komen dari kawan-kawan kau. Kau suka, kawan kau gembira, aku pun seronok.
# MJ | Permalink
|