Monday, September 27, 2004
PERHIMPUNAN UMNO & ANUGERAH ERA
Persamaan perhimpunan UMNO dengan Anugerah Era:
1) BERBEZA DENGAN YANG LEPAS-LEPAS
Saban tahun menonton ucapan penangguhan Presiden UMNO di tv. Bezanya ucapan Pak Lah dengan ucapan Dr M: Pak Lah tak tibai PAS langsung!
Saban tahun menonton anugerah hiburan di tv. Bezanya Anugerah Era 2004: Siti Nurhaliza tak menang langsung!
2) CALON FAVOURITE TAK MENANG
Pemilihan UMNO: calon favourite tak menang. Siapa sangka Isa Samad masuk carta? Muhyiddin yang dijangka dapat undi tertinggi cuma dapat tempat ketiga.
Anugerah ERA: pun calon favourite tak menang! Kalau sebut Too Phat, Ruffedge, KRU orang kenal. Kalau sebut Raihan, Rabbani pun orang kenal. Tapi Mirwana? Hah, Mirwarna mengalahkan Too Phat, Ruffedge, KRU dalam kategori "Vokal Duo/Berkumpulan" dan mengalahkan Raihan, Rabbani dalam kategori "Lagu Nasyid Pilihan". Menghairankan kerana Anugerah Era adalah berdasarkan populariti, macam mana artis tak popular boleh menang? Adakah Anugerah Era juga seperti pemilihan UMNO, undian pendengar radio dipengaruhi politik wang?
3) ORANG LAMA BUAT COMEBACK
Pemilihan UMNO: orang lama buat comeback. Rahim Thamby Chik masuk carta. Last sekali dia menang tahun 1987.
Anugerah Era: pun orang lama buat comeback! Nassier Wahab menang "Vokal Lelaki Pilihan" mengalahkan Anuar Zain dan Yusry! Last sekali Nassier Wahab menang apa-apa adalah pada tahun err... entah... aku rasa dia pernah jadi finalis Juara Lagu.
4) ADA SIARAN LANGSUNG, ADA LAWAK JENAKA, ADA NYANYI-NYANYI
Anugerah Era: disiarkan secara langsung di ASTRO Ria, ada penyampai anugerah buat lawak, ada artis nyanyi-nyanyi.
Perhimpunan UMNO: disiarkan secara langsung oleh semua stesen tv, ada perwakilan buat lawak masa berucap, ada nyanyi-nyanyi (lagu UMNO).
Definisi "wibawa"
Sebelum pemilihan, Pak Lah pesan: "Pilihlah pemimpin yang berwibawa". Maka SHAHRIR SAMAD KALAH naib presiden, dan RAHIM THAMBY CHIK MENANG majlis tertinggi. Hahahahahahaha!
Khir Toyo dapat undi tertinggi untuk MT. Tapi masa dicalonkan untuk naib ketua pemuda, dia dapat pencalonan tersikit. Mungkin dia BERWIBAWA untuk MT, tapi tak cukup BERWIBAWA untuk naib ketua pemuda. Ya lah, calon naib ketua pemuda yang lain lebih BERWIBAWA: seorang menantu Pak Lah, seorang lagi anak Dr M. Kesian Khir, dia cuma anak Toyo.
Sekarang aku tahu definisi wibawa.
Siti Nurhaliza
Kenapa agaknya orang tak undi Siti lagi? Dia kalah kepada Ziana Zain dalam kategori "Lagu Pop" dan kalah kepada Misha Omar dalam kategori "Vokal Wanita". Adakah Siti tidak berwibawa? Hahahahahahahaha!
# MJ | Permalink
|