Friday, September 17, 2004
KEMBARA MERDEKA
 Ini entry tertangguh. Aku pergi KL empat hari (28/29/30/31 Ogos). Aku dan Purbe naik bas dari Penang. Sampai KL, kami lenjan kereta Langsat (dia balik Kelantan). Lepas tu, aku teman Purbe jumpa kawan dia kat KLCC. Dan seperti biasa, bila pergi KL, kami menginap di Pnut Inn.
Dua Puluh Sembilan
29 Ogos, kami pergi Port Klang. Kenduri kahwin abang Mely (bila turn Mely pulak?). Lepas kenduri, aku, Purbe dan Salina nak pergi Hospital Klang tengok Pika. Last sekali tengok Pika, 23 haribulan, sehari lepas konvo. Aku pergi dengan Ana. Masa tu Pika dah boleh gerak-gerak kaki kanan. Kali ni tak sempat sampai hospital, Ep call, dia kata Pika dah keluar wad. Balik kampung. Maka aku, Purbe dan Salina pun pergi Jaya Jusco Bukit Raja. Lepas tu kami pergi makan-makan kat Muara Seafood -- aku, Purbe, Salina, Ana, Ep, Kak Zar, Abang Nasir (husband Kak Zar), Ika (anak Kak Zar), Zino dan isteri.
 Lepas tu aku, Purbe, Ep dan Salina pergi makan char koay teow kat Batu Tiga, Shah Alam. Tak boleh lawan char koay teow Penang (aduh, membayangkannya saja sudah buat kelenjar liur aku merembes). Tapi lebih sedap dari char koay teow Langkawi (eeyuck!). Lain kalilah aku cerita pasal char koay teow Penang dan Langkawi ni.
Tiga Puluh
30 Ogos, pagi-pagi buta aku dan Purbe pergi Hentian Putra ambik Langsat yang baru balik dari Kelantan. Lepas tu kami pergi breakfast kat Maju Junction dengan Nida. Purbe pakai baju terbalik! Nida yang perasan. Terus dia pergi toilet salin baju. Lepas breakfast, kami lepak kat ofis Nida. Surf-surf internet dan berangan jadi boss. Boss Nida tak ada, aku pun melaram la dengan blazer dia dan duduk kat kerusi dia. (Masa sekolah rendah dulu, kat borang yang ada "cita-cita saya" tu, aku isi situ "BOSS" sebagai pilihan pertama.)
 Kerana Merdeka bukan sekadar bebas dari belenggu penjajah secara fizikal dan mental, tetapi juga bebas terkinja-kinja dan menjerit-jerit di malam 31 Ogos, maka malamnya kami pergi Konsert Ambang Merdeka di Putrajaya. Aku, Purbe dan Langsat pergi ambik Zaza, lepas tu berkumpul kat Projet Wangsa Maju. Jumpa Kurekure, ND, Lin, dan Mar. Mar tak join sekali pergi Putrajaya. Kat Putrajaya, kami jumpa Eisya, Iena dan Yaabbna.
Ada Amy Search, Radhi OAG, Zur Eda, M Daud Kilau, Rohana Jalil, Dahlan Zainudin, dan Norshila Amin.
Masa nyanyi lagu "Slumber", Radhi OAG ajak penonton nyanyi, tapi penonton tak respon. Radhi kata: "Jangan malu-malu, merdekakan kemaluan anda!"
Lepas tu masa nyanyi lagu P Ramlee, "Azizah", Radhi tak hafal lirik. Kejap ingat kejap lupa. Habis lagu, Radhi kata: "Shit! Sorry! Peace!"
Aku tahu dia mulut lepas, tapi kalau kat gig okaylah, penonton "baya-baya kita". Ini konsert awam, ada kanak-kanak, ada warga tua (IC kepala 6), tak sedaplah.
Di akhir konsert, keluar para model dan pelakon lelaki berpakaian seperti Tunku, Raja-Raja Melayu dan Pesuruhjaya British duduk macam hari 31/08/57. Lepas tu ramai-ramai countdown detik 12:00 tengah malam.
 Kak Pnut, Salina dan Farihah sampai masa countdown.
Tiga Puluh Satu
Tepat 12:00 malam, ramai-ramai laung merdeka, dan bunga api pun ditembak-tembak. Kerana kita warga yang sayangkan negara, kita kotorkan negara kita. Lepas konsert, kita tinggalkan suratkhabar pengalas punggung, bekas minuman dan plastik jajan di atas tanah. Dan kita tinggalkan juga Jalur Gemilang di atas tanah, untuk dipijak-pijak, kerana kita warga yang patriotik. Merdeka!
 Orang kata, malu bertanya sesat jalan. Tapi kalau rajin bertanya pun, orang yang menjawab tu tak betul, sesat jugak! Masa nak keluar dari Putrajaya, kereta kami berselisih dengan kereta M Daud Kilau. Dia tanya kami jalan nak pergi KL. Kami pun bukan tahu sangat, tapi berlagak tahu. Tak tahulah si Kilau tu sesat ke mana!
Lepas tu kami pergi minum-minum kat belakang Maulana Foodcourt, Serdang. E1, Zai dan Tajul join kami kat situ.
 Siangnya, pergi memanah kat Maju Junction. Aku, Purbe, Langsat, Ana, ND dan Yaabbna. Jadi Robin Hood dan Rubina Huda (Robin Hood pompuan). Aku cakap kat Yaabbna: pukul 3 MELAYU. Pukul 3:15 dia dah sampai! Lepas tu komplen bila kami sampai dekat pukul 4:00. Kan aku dah kata pukul 3 MELAYU, yang kau datang pukul 3:15 buat hapa!
Ini pengalaman pertama aku memanah. Macam hampeh! Memang tak berbakat langsung. ND dan Yaabbna terror. Ada sekali tu anak panah aku tak terpacak kat board, tapi terpusing, kena board, dan melantun balik! Kena Ana kat belakang. Nasib baik tak terpacak kat jantung Ana. Tak kisahlah kalau Ana mati, tapi aku la pulak kena tukar nama jadi Arjuna (atau Cupid).
Hmm... tolong ingatkan aku untuk stick pada bowling.
 Lepas tu, ronda-ronda kat Midvalley. Ada la pompuan tu kan, dia shopping kat Carrefour, dia suruh aku dan Purbe hangkut barang-barang dia. MANA HAK KAMI??? HAPUSKAN EKSPLOITASI LELAKI!!!
Malamnya, pergi Puduraya dan balik ke pangkal jalan.
 TAMAT.
# MJ | Permalink
|