Wednesday, June 30, 2004
WIRA TAK DIDENDANG
"... kita silap menyanjung "wira". Kita sanjung orang yang tiada sifat kewiraan. Siapa "wira" sebenarnya? Dalam novel, dalam filem, kita lihat wira itu orang yang menentang kezaliman atau menyelamatkan orang dalam kesusahan. Tapi kita sanjung orang yang mendaki gunung dan berlayar di laut sebagai wira. Mana sifat wiranya? Kezaliman apa yang dia tentang? Orang susah mana yang dia bantu? ..."
-- Petikan catatan "Jiwa Negara" (entry 31/08/03). Berdasarkan kata-kata Dato' Dr Syed Hussein al-Attas, dalam rancangan "30 Minit" di TV1, RTM, 9:30 malam, 24/04/03.
"... AMPANG JAYA 29 Jun - Tindakan seorang pemandu van berusaha menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa ragut berakhir dengan tragedi apabila dia sendiri mati ditikam oleh penjenayah terbabit. Rosli Mohd. Saad, 36, mati akibat ditikam tiga kali pada dada dan rusuk kirinya ..."
-- Petikan Utusan Malaysia hari ini.
Inilah wira! Orang yang berkorban nyawa kerana hendak menyelamatkan orang lain. Setinggi-tinggi sanjungan buat Allahyarham.
Al-fatihah...
# MJ | Permalink
|