Friday, June 04, 2004
FIND & REPLACE
Seorang penulis memberi manuskrip bukunya kepada aku. Dia minta aku buat proof-reading dan editing sebelum buku itu diterbitkan. Aku kena betulkan kesalahan ejaan dan tatabahasa mengikut piawai DBP, dan italic-kan perkataan Inggeris.
Manuskrip itu dalam format *.doc (Microsoft Word). Aku rasa penulis ini menggunakan fungsi "Find & Replace" untuk menukar singkatan nama bulan seperti "jan" kepada "januari", "apr" kepada "april", "aug" kepada"ogos", "nov" kepada "november", "dis" kepada "disember", dan sebagainya. Tetapi dia tidak check kotak "find whole words only"!
Akibatnya: semua jan, apr, nov dan dis di dalam manuskrip itu, walaupun di tengah-tengah perkataan lain, bertukar menjadi januari, april, november, dan disember. Maka lahirlah perkataan baru seperti: inovemberatif, aprileciation, disemberengat, terajanuarig, casanovembera, disemberedekahkan, gadisember, Thomas Edisemberon, disemberorok, menjanuaria, dogoshter, januarigan, januaritung, disemberease, januariggut, disemberamakan, disemberelongkar, jajanuari, bujanuarig, panjanuarig, hujanuari, disembercussion, dan sebagainya -- yang kalau editor Kamus Dewan baca, akan bunuh diri!
Akhirnya, tugas aku membetulkan ejaan dan tatabahasa tak banyak, yang banyak adalah menukar "disemberedekahkan" kepada "disedekahkan", "menjanuaria" kepada "menjana", "dogoshter" kepada "daughter", dan seterusnya. Aku mula fikir penulis ini sengaja berbuat demikian supaya aku ada banyak kerja nak buat dan tak makan gaji buta.
Dan tiba-tiba, setelah sampai mukasurat 60 lebih, baru aku terfikir: buat apa susah-susah aku tukar secara manual satu persatu, kan lebih baik aku guna fungsi "Find & Replace" untuk tukar balik "januari" kepada "jan", "disember" kepada "dis", dan sebagainya?
Celaka punya otak! Kenapa kau lambat berfungsi? Setelah enam puluh muka! Aku dah bazirkan masa berjam-jam untuk tugas yang boleh dibuat dalam masa satu saat!
Hmm... aku patut guna fungsi "Find & Replace" untuk ganti otak aku dengan yang baru!

BULAN SENDIRI
Aku pernah beritahu Owin dulu, aku dan Arai ada "bulan sendiri".
Aku: Kami ada bulan sendiri... bulan "JANuARAI" (Jan + Arai).
Owin: Eleh... aku pun ada bulan sendiri!
Aku: Bulan apa?
Owin: Err... bulan nOWINber!
(Lawak-lawak bodoh macam ni lah buat aku rindu kawan-kawan kat kampus.)
# MJ | Permalink
|