Thursday, June 24, 2004
CAKAR AYAM D'KEDAH
Pada hari Sabtu dan Ahad yang silam (19 dan 20/06/04), Fariz dan Aidah datang ke Kedah. Mereka datang dari KL. Hari pertama mereka di Kedah, aku dan Purbe bawa mereka ronda-ronda. Kami pergi Rumah Kelahiran Dr Mahathir. Kami ronda-ronda Alor Setar. Kami pergi Bukit Kayu Hitam. Kami lepak Taman Tasik Darulaman dekat dengan Jitra.
Bila naik kereta dengan Purbe, mesti ada bala menimpa. Masa pergi Johor dulu, enjin terlebih panas dan mati sendiri. Hari Sabtu tu pulak, tayar pancit. Bocor terkeluar-keluar benang titanium. Lepas tukar tayar, kami balik Alor Setar.
Malamnya kami makan Nasi Lemak Royale. Nyam nyam!
Hari kedua, kami pergi Langkawi. Masa kat Kuala Kedah, kami nampak muka Ustazah Nor Bahyah kat tv. Aidah kata: "Ustazah Cakar Ayam!"
Sebenarnya dia nak kata "Cakar Harimau" (ustazah ni pernah ajar urutan "Cakar Harimau"). Aku kalau orang silap cakap habislah, sepanjang hari aku sakat! Aku kata: "Wahh... teknik urutan terbaru ciptaan Ustazah Aidah! Cakar Ayam! Nanti dia kawin dengan Fariz nanti dia buat la!". Lawak cakar ayam tu kami teruskan sampai Langkawi! Seronok tengok Aidah tension :)
Sampai di Langkawi, kami ronda-ronda. Dan Fariz buat pemerhatian: "Kenapa bisnes Melayu suka letak nama D' kat depan?". Kat Langkawi saja ada restoran D'SAJI, kedai runcit D'KEDAI, kedai barangan kulit D'EXCLUSIVE, dan lain-lain. Apa yang bestnya D' tu? Hmm... kalau aku buka rumah urut, aku nak letak nama D'CAKAR AYAM ;p
(Ida, lumah ulut D'Cakar Ayam. Clean one. No hanky panky. Got pedicure and manicure oso. Come come. Err, you Malay ah?)
Kami breakfast kat Pantai Cenang. Window shopping kat sebelah Underwater World. Bergambar kat Burau Bay berlatarbelakangkan kapal-kapal layar. Naik cable car kat Gunung Matcincang.
(Cik Wan, Langkawi ada cable car la ni, hampa jangan tak tau ;P).
Kat puncak gunung tu kita boleh tengok pemandangan pulau-pulau yang mengelilingi Langkawi. Ada anak-anak panah yang menunjuk arah tertulis nama-nama pulau. Antara nama pulau yang menarik adalah: PULAU KENTUT KECIL dan PULAU KENTUT BESAR. Kenapa tak panggil PULAU PSSST (kentut kecil) dan PULAU PROTTT (kentut besar) saja? Aku cari juga kalau-kalau ada PULAU CAKAR AYAM, tapi tak ada ;p
Kami pergi ke Summer Palace. Asalnya tempat ni set penggambaran Anna & the King. Tapi lepas habis shooting, mereka jadikan tempat ni tarikan pelancong. Kat dalam istana ni kita boleh tengok kostum dan prop yang digunakan dalam filem Anna & the King tu.
Kami pergi Langkawi Falls. Air terjun buatan. Lawa gila babi nak mampos.
Kami pergi Pasir Hitam. Jumpa blogger Langkawi, Mizi (atau Akhi Masrawi atau Pujangga). Mizi ni antara blogger Malaysia generasi awal. Dah lama aku berkawan dengan dia di alam cyber tapi baru sekarang dapat jumpa. Dulu dia belajar kat Mesir. Mizi dok tunggu-tunggu apa aku nak tulis pasal dia. Purbe tulis "Mizi peramah". Fariz tulis "Mizi otai". Mat Jan nak tulis apa ya? Okay, aku tulis "Mizi sekepala". Aku suka bersembang dengan dia.
Seperti biasa, bila naik kereta dengan Purbe mesti ada bala menimpa. Teka apa jadi kali ni? Enjin terlebih panas? Tak. Tayar pancit? Bukan. Minyak habis? Ya betulll!!! Aku dan Purbe berjalan ke stesen minyak dan bergilir-gilir bawa balang berisi minyak balik ke kereta. Masa bawa balang tu aku teringat peribahasa "bagai menatang minyak yang penuh."
Sementara nak tunggu feri bertolak, kami pergi Dataran Lang.
Masa nak balik tu Purbe buat lawak pulak. Dia bagi tiket feri pagi tadi! Kebetulan pagi tadi kami naik feri pukul 7:30 am. Nak balik ni pulak feri pukul 7:30 pm. Kami tak perasan am/pm tu. Abang tiket tu tak bagi kami naik feri sebab tu tiket feri syarikat lain. Tapi Purbe nak jugak tegakkan benang, dia kata tiket tu betul. Orang kaunter jual tiket tu, kata Purbe. Ramai orang kerumun melihat aksi perbahasan. Last-last ada orang perasan yang tiket kami 7:30 AM bukan PM. Malu malu. Purbe seluk poket satu lagi dan bagi tiket yang betul. Kami cepat-cepat masuk feri kerana kemaluan yang amat sangat.
Sampai di Alor Setar kami hantar Fariz dan Aidah ke Sahab Perdana (ni Alor Setar punya Puduraya). Mereka naik bas balik ke KL. Tiket Cakar Ayam Ekspres dah habis, mereka naik Indah Ekspres.
KLIK SINI UNTUK TENGOK GAMBAR D'LANGKAWI
# MJ | Permalink
|