Saturday, May 01, 2004
HILANG
Ada orang ingat aku diculik makhluk asing.
Ada orang ingat aku ditangkap polis.
Ada orang ingat polis tu makhluk asing.
Heh, korang semua salah! Sebenarnya polis tu bukan makhluk asing. Mereka manusia biasa macam kita jugak.
Dua minggu aku menghilang. Aku banyak berjalan. Tak ada masa nak tulis blog. Kadang-kadang ada masa, tapi tak ada capaian internet. Kadang-kadang ada internet, tapi tak ada mood.
Aku update hari-hari pun, bila keluar radio, ada orang tanya: "Kenapa lama tak update?"
PUTRAJAYA
Empat malam penginapan percuma di Putrajaya. Tak, aku tak menang peraduan. Jari aku tak sepantas Poad :p. Aku menginap di rumah Abang Mior & Kak Pnut, mulai 14/04/04. Mereka bawak aku jalan-jalan cari taman. Taman Warisan, Taman Botani, Taman Putra Perdana, Masjid Putrajaya.
Bergelak ketawa dengan Abang Mior dan Kak Pnut. Bergomoi dengan Najmi.
DARI DIA KITA DATANG
Sempat melawat arwah isteri Ep di HUKM Cheras, pada 18/04/04.
Kawan-kawan GJ rancang majlis solat hajat di masjid KLCC pada 25/04/04 untuk mendoakan arwah sembuh. Tapi kita hanya mampu merancang. Arwah meninggal pada tengah malam itu.
Pagi Ahad, selepas menunaikan solat jenazah, aku dan Poad pergi beli barang untuk majlis di masjid KLCC. Majlis solat hajat bertukar jadi majlis tahlil dan bacaan yasin.
Takziah kepada Ep sekeluarga, semoga tabah menghadapi ketentuan-Nya.
LUMUT
Dua malam penginapan percuma di Orient Star Hotel, Lumut (21 dan 22/04/04). Sekali lagi aku tak menang peraduan. Tok Rimau mengajar pegawai kadet TLDM, jadi aku join dia. Join jalan-jalanlah bukan join mengajar.
Masuk hutan paya bakau. Naik kapal TLDM. Pergi yacht club. Bersantai di Teluk Batik. Tonton dvd CITY OF GOD (filem Brazil yang best). Speed read buku 48 LAWS OF POWER. Cancel appointment dengan Sera. Berebut entry dengan Tok Rimau.
SERDANG
Family aku datang dari Alor Setar pada 25/04/04. Mereka menginap di rumah pakcik aku di UPM Serdang. Aku join mereka pada 27/04/04. Hari berikutnya bawak mereka jalan-jalan. Naik komuter dari Serdang ke KL Sentral. Naik monorail dari KL Sentral ke Imbi.
(Di bandaraya Alor Setar tak ada komuter dan monorail.)
Pergi ke Low Yatt, tunjukkan ayah syurga gadget. Pergi ke Times Square, tunjukkan mak roller-coaster indoor. Ayah suka. Mak gembira. Dua-dua penat.
Cancel appointment dengan Ayon. Ikut family balik kampung.
ALOR SETAR
Giliran Abang Mior dan Kak Pnut pulak datang ke rumah aku. Anak mereka Najmi, dan adik Kak Pnut Wani, turut datang. Kali kedua Kak Pnut datang ke rumah aku. Disember 2001, Najmi masih kecil dan innocent (klik sini). April 2004, Najmi sudah besar dan garang (klik sini).
Babai. Aku nak pergi Penang pulak ni.
# MJ | Permalink
|