Thursday, April 01, 2004
KOREA
Kisah ini berlaku dua tahun lepas, tapi aku tak cerita dalam blog.
Aku bukan saja kecewa, bila tak dapat pergi Korea (rujuk wawancara dengan Sultanmuzaffar). Malah aku malu juga. Malu sebab aku dah beritahu satu dunia yang aku nak pergi, tapi tiba-tiba tak jadi.

Tapi Tuhan gantikan pengalaman pergi Korea dengan pengalaman lain. Aku dapat jadi Yang Dipertua (YDP) MPP, walaupun hanya untuk 10 hari. Klik sini untuk maklumat lanjut.
KONVO
Masa aku jadi YDP, universiti tengah konvo. Di universiti aku, selain dekan-dekan, YDP MPP juga dijemput join perarakan besar semasa istiadat konvo. Jadi dapatlah aku pakai topi mortarboard dah jubah tu. Aku pakai jubah hitam yang dipakai oleh dekan, bukannya jubah biru tua yang dipakai oleh pelajar.
Lepas tu aku pun berarak bersama-sama Naib Canselor (NC), Timbalan-Timbalan NC, Penolong-Penolong NC, dan Dekan-Dekan Fakulti, jalan atas red carpet, masuk dalam dewan dan naik atas pentas. Yang bestnya, masa kami masuk tu, semua orang berdiri. Ada iringan muzik orkestra lagi! Bangga woo...
Ibu bapa yang tengok aku mesti ingat aku profesor muda, sebab dekan-dekan lain semua janggut dah putih.
Kat atas pentas, ada buku aturcara konvo dan nama budak-budak yang grad, di atas kerusi kami. Aku pun bukak buku tu, ada sehelai kertas nota kecil:

"What an insult!" bisik hati aku. Kau tak patut tulis nota macam ni, yang atas stage ni bukan budak tadika. They are professors and PhD holders! Of course they know how to behave!
Selepas sejam duduk atas pentas, aku dapat lihat dua-tiga orang dekan yang tidur, dan dua-tiga orang dekan yang bersembang. "Okay!" bisik hati aku.
Lepas sidang selesai, kami berarak keluar. Aku boleh makan semeja dengan dekan-dekan kalau aku mahu, tapi aku memilih untuk makan dengan para ibu bapa. Dari pakaian mereka, ada mak bapak yang nampak macam orang susah dari kampung. Tapi di muka mereka terpancar sinar kebanggaan melihat kejayaan si anak.
Bilalah pulak giliran aku nak berkonvo? Tak sabar rasanya nak jadi anak kebanggaan mak dan ayah...
# MJ | Permalink
|