Wednesday, March 31, 2004
LAWAK
Seorang pengunjung blog ini, Panji Wilmana, bertanya: "Adakah Mat Jan mendapat kepuasan dengan respon pujian dari lawak yg u buat?"
Kadang-kadang aku mendapat kepuasan. Tapi selalunya aku mendapat kehairanan.
Aku hairan bila ramai yang mengaku ketawa sampai keluar air mata bila baca lawak tertentu. Contohnya, jawapan "handphone, laptop dan helikopter" aku dalam wawancara dengan Sultanmuzaffar. Aku rasa benda tu taklah lawak sangat.
Tapi benda macam ni bukan kali pertama berlaku. Dua tahun lepas aku pergi birthday party kawan aku. Tengah aku minum-minum, ada seekor kucing datang nak bermanja dengan aku. Aku allergic bulu kucing, jadi sebelum aku bersin-bersin sampai merah-merah hidung, aku pun tolak-tolak kucing tu dengan kaki.
Tiba-tiba seorang budak pompuan yang tak aku kenali, kawan kepada kawan aku gamaknya, datang mendukung kucing tu dan menggosok-gosok membelainya.
Budak pompuan tu tanya aku: "Awak tak suka kucing ke?"
"Suka," aku jawab, "tapi saya tak suka kucing mentah macam ni. Saya suka kucing masak merah, atau kucing masak kicap."
Dan, di luar jangkaan aku, budak pompuan yang nampak sopan-santun budi-bahasa ni ketawa terbahak-bahak sampai keluar air mata.
Aku hairan. Aku rasa jawapan aku tu taklah lawak sangat.
Orang-orang macam ni, aku rasa, mengalami "Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Lawak".
FOOTNOTE
Hanya dalam buku teks law, aku rasa, kita boleh jumpa footnote yang lebih panjang daripada teks utama.
Klik sini untuk contoh.
Footnote berjela-jela untuk explain dua baris teks!
Pada asalnya, footnote dipanggil footnote sebab posisinya di bahagian kaki mukasurat. Tapi bila footnote mendominasi bukan sahaja bahagian kaki tetapi bahagian badan mukasurat juga, aku confused. Patutkah aku panggil footnote itu "footnote" atau patut aku panggil teks utama itu "headnote" ??? Hmm...
# MJ | Permalink
|