Thursday, March 18, 2004
EXCITED
Hari Ahad ni (21/03/04) aku akan mengundi buat KALI PERTAMA. Sebab tu aku excited. Sebagaimana aku excited masa kali pertama pergi sekolah. Sebagaimana aku excited masa kali pertama naik kapal terbang. Sebagaimana aku excited masa kali pertama masuk TV. Sebagaimana aku excited masa kali pertama berr... err... hehe... lupakan! Point aku adalah: aku excited.

Penggal lepas, orang Taman Sultan Badlishah mengundi untuk Parlimen Alor Setar dan DUN Kota Darulaman. Tapi penggal ni SPR suruh kami undi untuk Parlimen Kuala Kedah dan DUN Kubang Rotan pulak.
Penyandang kerusi Parlimen Kuala Kedah, Mat Sabu (PAS), akan ditentang oleh Hashim Jahaya (BN). Manakala Saifudin Nasution (KEADILAN) akan menentang penyandang kerusi DUN Kubang Rotan, iaitu Encik Menteri Besar, Syed Razak (BN).

PILIHANRAYA
Pilihanraya adalah proses rasmi untuk memilih wakil kita di Parlimen dan DUN. Pilihanraya memberi peluang kepada kita untuk membuat pilihan politik melalui undi. Inilah masanya kita memilih, atau tidak memilih, calon, atau parti, yang kita berkenan, atau tidak berkenan.
Bagi penyokong taksub parti politik, pilihanraya adalah hari mereka membuktikan taat setia pada parti. Kalau parti letak babi jadi calon pun, mereka akan undi parti tersebut. Bagi penyokong taksub individu pulak, mereka akan undi individu tersebut, tak kira sama ada dia bertanding atas tiket parti cap ayam, parti cap itik, ataupun sebagai calon bebas.
Tapi bagi pengundi yang bebas, yang tidak taksub pada mana-mana parti politik atau individu, mereka akan mengundi untuk memelihara demokrasi. Mengundi untuk check-and-balance. Mengundi untuk seimbangkan kuasa antara pemerintah dengan pembangkang.
Pada pengundi bebas, sebagaimana budak kecik tak boleh pegang duit banyak-banyak, seperti itu jugalah pemerintah tak boleh pegang kuasa banyak-banyak. Semakin banyak kuasa yang dipegang, semakin tinggi kebarangkalian untuk kuasa disalahgunakan.
Supaya demokrasi terpelihara dan kuasa pemerintah terkawal, pengundi bebas akan berubah-ubah sokongan, terhadap parti dan calon, dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya yang lain. Pengundi bebaslah, sebenarnya, sumber terpenting kepada perubahan dalam sebuah negara demokrasi.
SELAMAT MENGUNDI.
# MJ | Permalink
|