Monday, February 09, 2004
SEARCH & ROCK KANGKANG
Dah lama tak layan konsert. Last sekali aku tengok, konsert band Indonesia DEWA, kat Stadium Malawati Shah Alam, pada 14/03/03. Orang tak ramai.
Hari Sabtu, 07/02/04, aku pergi tengok konsert Search kat Stadium Merdeka. Ramainya manusia. Penuh stadium. 25,000 orang. Amy kata tiket sold out, ada 6,000 orang kat luar stadium tak dapat masuk.
Aku masih sekolah rendah masa kemuncak zaman "rock kangkang". Aku, dan sepupu-sepupu aku memang layan habis Search, Wings, Lefthanded, May, BPR (sekadar menyebut beberapa nama). Walaupun citarasa muzik berubah selari dengan usia, tapi bila pergi karaoke, lagu rock kangkang tetap menjadi pilihan hatiku. (Rudy, Amyz, Pikor, bila nak karaoke-nya?)
Konsert Search Sabtu lepas adalah konsert pertama selepas LIMA TAHUN Search berpecah. Tak hairanlah ramai manusia datang, rindu gamaknya dengan suara Amy.
Konsert dimulakan dengan persembahan band rock Indonesia GODBLESS. Walaupun mereka main bagus, tapi aku tak suka sebab aku nak tengok Search. Mungkin ini strategi penganjur untuk menarik warga Indonesia ke konsert ini.
Masuk lagu ketiga mereka, hati aku dah menyumpah: ini GODBLESS ke GODDAMN? Dan aku rasa, majoriti penonton lain pun berkongsi rasa yang sama dengan aku, berdasarkan jumlah jari hantu yang diacukan, dan pekikan "WE WANT SEARCH! WE WANT SEARCH!" semasa Godbless sedang perform.
Di tengah-tengah konsert, AWIE datang menyampaikan mesej DBKL: HENTIKAN LUMBA HARAM. Awie dan Godbless berduet lagu SETAN-SETAN JALANAN yang ditujukan khas buat pelumba haram.
Selepas itu, SEARCH pun muncul, dengan 18 lagu. Sepatutnya 21, tapi terpaksa stop sebab jam dah 12:00 lebih (DBKL suruh konsert habis pukul 12:00). Mereka mula dengan FANTASIA BULAN MADU, dan habis dengan ROZANA.
Persembahan Search bagus. Tapi bak kata Ijat, Search punya performance, dari dulu sampai sekarang, cuma Amy aje yang bergerak. Guitarist/bassist statik kat atas stage, tak berubah posisi sampai habis konsert. Ijat membandingkan dengan persembahan Wings, yang guitarist/bassist-nya berlari-lari atas stage, melutut, berdiri atas sound box, melompat, dan berkepit-kepit dengan vokalis (Awie). Juga dengan Rusty Blade, yang vokalis/guitarist/bassist-nya siap buat aksi "tugu negara" lagi.
(Aksi "tugu negara" = guitarist/bassist melutut sambil pegang gitar macam pegang senapang dan vokalis berdiri dengan sebelah kaki memijak peha guitarist yang sedang melutut.)
Lighting dan sound system bagus, pada aku. Bunyi cukup kuat dan jelas. Tapi Emran kata, sound tak cukup kuat (dia gila kot!). Kata Emran, selagi jantung dia tak berdegup ikut bunyi drum, tak bagus.
Ramai artis datang tengok. Aku nampak budak Exist, Pretty Ugly, Metalasia, Seha, Man Kidal. Orang kata M Nasir dan Ramli Sarip pun ada. Dan aku jumpa kawan-kawan aku juga.
Berdasarkan sambutan hangat terhadap konsert Search ini, mungkin band rock kangkang 80-an lain pun akan tergerak hati untuk bersatu semula dan buat konsert. WINGS, aku harap. Secara peribadi, aku lebih minat Wings daripada Search. Aku tahu lagu-lagu Wings dari album pertama BELENGGU IRAMA lagi, dan tak pernah miss album Wings sehinggalah Awie keluar Wings, dan dunia pun menjadi suram.
Kalau buat konsert SEARCH & WINGS pun bagus juga.
(Leher aku masih lenguh dan sakit akibat head-banging.)
# MJ | Permalink
|