Monday, February 16, 2004
PERFUME YANG HETEROPHOBIC
Berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli-belah, dan seorang salesgirl kaunter perfume menahan dan menyembur perfume di pergelangan tanganku.
Aku (menghidu): Femininlah bau dia. Ini perfume laki ke pompuan?
Salesgirl: BISEX. Lelaki boleh, perempuan pun boleh.
Aku: BISEX? Saya tak boleh pakailah, saya STRAIGHT. Hahaha.
Salesgirl terpinga-pinga macam tak paham.
Aku: Tak apalah.
Aku berlalu dari situ. Bukan unisex ke sepatutnya?
IKLAN YANG BAHAYA
Kadang-kadang orang komplen dalam suratkhabar pasal iklan yang tersiar kat tv. Ada sekali tu orang komplen pasal iklan krim penegang payudara Pretty Woman. Dia kata iklan itu bahaya sebab ada gambar perempuan tayang "sebahagian besar buah dada".
Aku pun dok tunggu bilalah pulak orang nak komplen pasal iklan kad kredit VISA. Pada aku, iklan tu lagi bahaya.
Dalam iklan kad kredit tu, ada seorang lelaki tengah shopping. Dia main ambik aje barang yang ada tanda "offer" masuk dalam troli. Bila sampai kat kaunter, dia bukak wallet dan sedar dia tak cukup duit. Masa itulah keluar suara: "PERBELANJAAN TAK DIRANCANG? GUNALAH KAD KREDIT VISA!". Mamat tu pun keluarkan kad, dan cashier pun tersenyum girang.
Bahaya betul iklan tu. Kad kredit sepatutnya untuk memudahkan orang kerana tak perlu bawa cash. Tapi dia mendidik orang menggunakan kad kredit untuk perbelanjaan tak dirancang. Ini menggalakkan budaya berhutang dan reaksi berantai dari budaya itu: bankruptcy dan kegawatan ekonomi.
Kegawatan ekonomi pula boleh menyebabkan: company tutup, orang kena buang kerja dan pengangguran. Bila orang kena buang kerja, boleh menyebabkan krisis rumahtangga dan mungkin, perceraian. Pengangguran boleh mendorong orang melakukan jenayah, dan perceraian boleh menyebabkan anak-anak terlibat dengan gejala sosial. Peningkatan kadar jenayah dan gejala sosial boleh memusnahkan negara.
Bayangkan betapa bahayanya kesan "perbelanjaan tak dirancang" kepada sosio-ekonomi negara. Tapi tak ada orang komplen pun pasal iklan tu. Malah kementerian yang berkaitan tak ambil apa-apa tindakan.
Di negara kita, orang lebih nampak bahaya tetek daripada bahaya perbelanjaan tak dirancang.
(Bacaan tambahan: USE CREDIT CARD WISELY)
# MJ | Permalink
|