Thursday, January 08, 2004
NAJIB TPM
PUTRAJAYA, 7 Januari -- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dilantik sebagai TPM yang baru. Pengumuman mengenai pelantikan itu dibuat oleh PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada satu sidang berita khas selepas mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini. Ia menamatkan persoalan yang hangat diperkatakan selama ini setelah Abdullah menjadi PM berikutan persaraan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Oktober 2003.
"Saya tak tahu nak pilih siapa sebenarnya. Saya tengok kat blog Jongkang Jongket, Mat Jan buat poll, 155 responden memilih Najib. Maka saya pun pilih Najib," kata Abdullah pada sidang berita yang penuh sesak dengan wartawan, jurufoto dan jurukamera mewakili media tempatan dan luar negara itu.
YANG BEST & YANG HAMPEH
Ini keputusan "TUMPANG TANYA" yang lepas (filem tempatan yang kau rasa best untuk tahun 2003). Pilihan pembaca Jongkang Jongket (daripada 266 undi):
01. Jutawan Fakir (49) 18% 02. Laila Isabella (40) 15% 03. Paloh (36) 13% 04. Lang Buana (34) 12% 05. MX3 (23) 8% 06. Gila-Gila Pengantin (15) 5% 07. Cinta Kolestrol (15) 5% 08. Janji Diana (13) 4% 09. Mr. Cinderella 2 (13) 4% 10. Aku Kaya The Movie (7) 2% 11. Mami Jarum Junior (4) 1% 12. Mistik (9) 3% 13. Diari Romeo (6) 2% 14. Black Maria (1) 0% 15. Iskandar (1) 0%
Jutawan Fakir mendahului senarai? Aku tak tengok lagi, jadi tak boleh komen. Tapi Laila Isabella nombor dua? Kau bergurau agaknya.
Sekarang cuba bandingkan pilihan kau dengan pilihan aku. Kau mungkin suka filem yang aku tak suka (contoh: Laila Isabella), atau tak suka filem yang aku suka (contoh: Diari Romeo).
Sayugia dimaklumkan, aku cuma komen filem yang ditayangkan di PAWAGAM SELURUH NEGARA. Jadi, tidak ada BIG DURIAN (yang hanya ditayangkan di Sobranie KL) dan tidak ada NEON (yang hanya dipasarkan dalam bentuk vcd), walaupun kedua-dua filem ini lebih best.
Dan aku cuma komen filem yang aku dah tengok. Jadi, tiada komen tentang Jutawan Fakir atau filem-filem lain yang aku belum tengok. Harus diingat, aku bukan orang filem. Aku komen bukan dari kaca mata orang filem, aku komen dari kaca mata aku.
klik ---> YANG BEST & YANG HAMPEH <--- klik
Dan sila berikan respon (dengan meng-klik "Respon" kat bawah catatan ni). Terima kasih.
# MJ | Permalink
|