Saturday, January 24, 2004
THE MAKING OF...
[Wartawan Jongkang Jongket, Mat Jan, dan wartawan Onlinejurnalstar, Rafthah, meng-interview YB Lalat, penulis layar dan pelakon utama filem pendek A Story About Nothing. Interview ini meninjau proses pembikinan filem tersebut.]
MAT JAN: Yay! Tepuk-tepuk-tepuk! Bravo Lalat bravo! Aku dah tengok movie kau. Terror terror. Boleh ambik gambo dari celah tayar basikal lagi tu. Yusof Haslam pun tak reti buat. Tahniah! Tahniah!
YB Lalat: Thanks, dan saya bagi pihak Fazrul si direktor, ingin mengucapkan 'sama-sama' juga. Kebanyakan shots yang diambil taklah sesukar yang diingatkan, sebab kebanyakan shots yang diambil itu shot-shot yang statik (i.e kamera tidak bergerak) seperti shot dalam freezer dan dari lubang sinki. Shots yang pan-and-scan (i.e kamera bergerak ikut pelakon atau objek) seperti dari tayar basikal dan dari belakang kepala pelakon, lebih susah lagi sebab kena guna penyangkut baju besi dan pita selofan (haha). Okay?
MAT JAN: Macam mana kau boleh ambik shot dari celah tayar basikal, shot dari dalam fridge, shot dari dalam sink, shot dari dalam bath tub? Ini kerja profesional. Tahun lepas Fakulti Seni Persembahan U aku buat festival filem pendek, tunjuk kerja-kerja student. Aku rasa kerja kau setaraf kerja diorang. Apatah lagi budak-budak tu dapat pendidikan formal dalam bidang filem, tapi kau tidak. Dan lagi, selalunya orang pilih topik menarik untuk dijadikan filem, tetapi hasilnya bosan. Tapi kau, pilih topik "BOSAN" untuk dijadikan filem, tetapi hasilnya MENARIK.
YB Lalat: Shot dari pelbagai angle tu buah pikiran Fazrul si tuan direktor. Sebenarnya shots yang kau listkan tadi taklah sesukar beberapa shot lain yang kami buat: terdapat beberapa shot di mana digital camera itu terpaksa dilekat dan diikat pada bahagian badan (perut dan belakang) agar ia statik dan dapat mengambil gambar di mana pergerakan badan itu dijadikan point of relative. Terdapat satu lagi shot yang diambil bila mana, dalam scene itu, terdapat 3 orang Lalat berbual sesama sendiri dalam bahasa asing. Kitorang rasa itulah shot yang paling susah sekali sebab terpaksa dilakukan dalam gelap, berterusan dan tanpa alat untuk kamera yang sesuai. Scene itu sahaja ambil masa satu hari suntuk.
Rafthah (wartawan Singapore ;p): Now that Mat Jan brought it up, yeahlah, not a film student but such a quality work ay? And yes, yes, please answer how did you guys film from under the bathtub tuh semua. Dari dalam icebox as well. Pakai remotekah?
YB Lalat: The way we filmed the underwater shot was we wrapped the digital camera (yes, it was a digital camera, and NOT a camcorder) in a Ziplock bag, sealed it so that it was waterproof, and shot the scene as quick and as perfect as we could. We did it in two takes, continuously, and uploaded the shots onto the computer immediately and moved on to the next scene. In order to not let condensation occur inside the plastic bag and blur the picture, we filled the bath tub only with cold water. It was tortorous for me as the actor, but the director got what he wanted: clear underwater shots.
MAT JAN: Dan oh ya, ROUND & POINTY, haha! Aku suka! Aku suka!
YB Lalat: Hahahaha. Well, its meanings and origins, we leave it to you folks.
[Semoga YB Lalat akan terus berkarya, dan menghasilkan movie yang lebih kreatif.]
RABUN
Dah lama aku dengar, dan baca, orang bercakap, dan tulis, tentang filem RABUN. Filem ini mendapat pengiktirafan antarabangsa. Semalam pun satu talk show di tv bercakap tentang RABUN ini. Malam ini (Sabtu, 24/01/04), TV3 akan tayangkan RABUN dalam slot Cerekarama.
Tapi aku TAK DAPAT TENGOK.
Sejak hari pertama Tahun Monyet lagi, aku ada di kampung. Malam ini aku akan naik bas bertolak ke Shah Alam. (Raya balik kampung, Krismas balik kampung, Tahun Baru Cina balik kampung, wahh... aku betul-betul orang Malaysia ;p)
Kau tolong tengokkan RABUN malam ni untuk aku. (Harap-harap nanti ada vcd.)
WAYANG & VCD
Dalam rancangan REMAJA, di TV3, Sabtu lepas, mereka interview orang ramai dan tanya: "Mana lebih best? Menonton wayang di pawagam atau menonton vcd di rumah?"
Orang TV3: Pawagam atau vcd?
Orang penonton: Pawagam.
Orang TV3: Tapi menonton di rumah lebih best. Boleh tonton sambil baring. Boleh pakai singlet dan seluar pendek. Boleh pause kalau nak pergi bilik air?
Orang penonton: Tapi pawagam skrin besar. Sound system best.
Topik ini menarik, tapi MASALAHNYA, orang TV3 itu cuma interview orang-orang yang beratur beli tiket kat PAWAGAM. Dah tentulah orang-orang itu kaki wayang! Sebab itu semua orang suka tengok wayang.
Sepatutnya, orang TV3 itu perlu interview orang yang tengah beli vcd juga. Di kedai Speedy, kalau pun tidak di pasar malam. Barulah dapat maklumat seimbang dari kedua-dua pihak: KAKI WAYANG dan KAKI VCD. Ini tanya sebelah pihak saja, dan buat kesimpulan: semua orang suka tengok wayang.
Entah apa-apa.
Situasi ni tak ubah macam pergi PERHIMPUNAN AGUNG UMNO dan tanya orang-orang kat situ: "Mana lebih best? UMNO atau PAS?". Dah tentulah semua orang kat situ suka UMNO.
(Hmm... kenapa Jongkang Jongket ni macam blog filem saja kebelakangan ni? Tak ada cerita lainkah?)
# MJ | Permalink
|