Saturday, January 31, 2004
DAPAT
Ini plaque yang aku dapat kerana memenangi Weblog Terbaik 2003, masa malam Anugerah GJ tu:

Selain plaque tu, aku dapat dua keping tiket ke Urbanscapes Festival. Aku tak dapat pergi sebab balik kampung sambut Aidiladha. Aku dah pos tiket-tiket tu pada dua pembaca bertuah, Mohd Fairus dan Izza. Izza dah dapat tiket tu, dia SMS: "thanx mat jan for the ticket". Aku tak tahu sama ada Mohd Fairus dah dapat atau tidak, sebab dia tak SMS atau email aku pun. Harap dah dapat, sebab acara tu hari ni.

Tapi, pada aku, benda yang paling best malam tu bukan dapat plaque atau dapat tiket, tapi dapat jumpa kawan lama dan dapat jumpa kawan baru. Dalam gambar ini ada kawan lama (Spyz) dan ada kawan baru (Khalil dan Jolie). Gambar ini aku dapat dari blog Khalil:
 Dari kiri: Spyz, Jolie, Khalil, dan aku (Mat Jan)
Apa lagi yang aku dapat? Aku dapat tutup hidung semasa bergambar:

Mie: Mat Jan mencuba gaya terbaru... menutup hidung semasa amik gambar...
Nile_chem: Mat Jan terharu kot.... nak buat camner kita dah menang beso... lagi satu sedih tu nak berpisah ngan kawan2 semua...
Rosh: Mat Jan merancang untuk membuat pose pusing belakang spt yg dilakukan pada gath-gath yg lepas... Namun kali ini tindakannya ditentang hebat oleh geng-geng jurnal yg lain... - misi gagal..
Ada orang kecewa sebab tak dapat persembahan multimedia, dan tak dapat pengisian ilmiah, dan tak dapat dengar suara pengendali acara (sebab penganjur tak dapat pembesar suara).
Walaupun tak dapat persembahan multimedia, dan pengisian ilmiah, dan pembesar suara, aku tak akan kecewa. Aku hanya akan kecewa jika aku pergi ke majlis GJ dan aku tak dapat KAWAN.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KAWAN-KAWAN.
# MJ | Permalink
|