Sunday, January 18, 2004
ANUGERAH GENG JURNAL 2003
Majlis ini berlangsung pada hari Sabtu 17/01/03, bermula jam 8:00 malam, bertempat di Restoran Nelayan Titiwangsa. Aku rasa ini gathering Geng Jurnal terbesar setakat ini. Kaezrin kata 92 orang datang (87 dewasa, 5 kanak-kanak). Geng Jurnal, atau GJ, adalah komuniti penulis blog, dan majlis Anugerah GJ ini adalah majlis menghargai penulis-penulis blog tanahair.
Ada jamuan makan, persembahan tarian (oleh penari Restoran Nelayan), dan penyampaian anugerah/hadiah. Berikut adalah pemenang Anugerah GJ 2003:
01) Catatan Entry Terbaik: Sup Kaki Ayam (oleh Fajar)
02) Anugerah Khas (paling banyak mendapat pencalonan untuk Catatan Entry Terbaik): Mat Jan
03) Weblog Bahasa Inggeris Terbaik: Princess Diary (oleh Kaezrin)
04) Weblog Dakwah Terbaik: Esprit de Corps (oleh Pakdi)
05) Projek GJ Terbaik: Bowling Bukit Jalil (anjuran Mie)
06) Anugerah 3D: Nett
07) Anugerah Khas Juri: Sultanmuzaffar (kerana memenangi "Best Malaysian Blog" dalam Asia Weblog Award anjuran Flyingchair.net)
08) Weblog Baru Terbaik: Jurnal Alam
09) Weblog Luar Negara Terbaik: - tidak diumumkan -
10) WEBLOG TERBAIK: JONGKANG JONGKET (oleh MAT JAN)
Selain anugerah weblog, ada hadiah sampingan lain pada malam itu. Misalnya, pakaian tercantik:
Wanita: Mushroom (ala-Waheeda)
Lelaki: Khalil (menyahut seruan PM -- pakai baju batik pada hari Sabtu)
Dan ada hadiah untuk cabutan bertuah, peraduan pantun (di Forum GJ), dan bowling (yang diadakan pada siangnya).
(Senarai "yang aku sudah jumpa" akan di-update kemudian.)
URBANSCAPES
Memenangi Weblog Terbaik 2003, aku dapat plaque, t-shirt, dan... DUA TIKET untuk URBANSCAPES 2004!!! Woohoo!!!
Urbanscapes adalah festival seni kreatif.
Tarikh: Sabtu 31/01/04 Masa: 3:00 petang hingga 3:00 pagi (12 jam tu!) Tempat: KL Sentral Harga Tiket: RM40 di pintu masuk, RM30 pre-sale (dan aku dapat FREE! DUA pulak tu!)
12 jam penuh dengan independent movies, muzik dan pameran artwork/design (wow!).
Bands/performers yang terlibat: Too Phat, OAG, Reshmonu, Butterfingers, Teh Tarik Crew, Gerhana Skacinta, Seven Collar T-shirt, Damn Dirty Apes, Rush, Telebury, Nice Stupid Playground, Pete Teo, Qings & Kueens, Couple, Meor, Jerome Kugan, Double Take.
DJs: Gabriel, Badboyben, Popcon, DJ Golgfish, Odin, DJ Van, Da Funkie Junkie, DJ Eugene (Tempo), Azmir, Twilight Actiongirl.
Artists/Photographers/Designers: Clickproject, Aerosol Addicts, Labdna, Fourhaus Collective, Didjital Nu'santara Collective, Josh Lim & Associates, Radioactive, Popcorn Factory, Samira, Chun Woei, Sydney Tan, Syamly & Ena, Ivan Lim, Jun Kit, Melissa Chan.
Filmmakers/Animators: Amir Muhammad, James Lee, Nam Ron, Ng Tian Hann, Patrick Lim, Liew Seng Tat, Zan Azlee, Facade, Linus Chung, Diffan Sina, Nik Justin Ariffin, Jon Yap & Kim Ong, Shamyl Othman, Wayne Ho, Chin Hor, Sylvia Ong, Felix Thoo, Aaron Chung.
Best kan? Aku suka acara ni, tapi aku tak suka TARIKHNYA. 31 Januari aku ada di kampung, balik Raya Haji. So, aku nak hadiahkan tiket ni kepada pembaca Jongkang Jongket (yang tak ada program pada 31/01/04). Untuk memenangi tiket ni, kau cuma perlu hantar email kepada syafizan@hotmail.com dengan subject "URBANSCAPES" dan tulis nama, phone number, dan alamat kau dalam email. Email KEDUA dan email KEEMPAT yang aku terima, masing-masing akan dapat satu tiket.
Tarikh tutup peraduan: Rabu 21/01/04.
# MJ | Permalink
|