Thursday, January 01, 2004

(Akan datang. Tak lama lagi.)
KRISMAS
Minggu lepas aku pulang berhari Krismas di kampung halaman, err, di BANDARAYA halaman. Jangan tak percaya, ada artis datang beraya krismas di rumah aku. Siapa lagi kalau bukan penyanyi kumpulan nasyid FIRDAUS -- Idzwan dan Eezzs. Dah bertahun kenal kat internet, tapi baru kali pertama berjumpa.
Sehari sebelum krismas tu birthday kawan aku, Dayang Natalia, atau Nat. (Aku tak sure sama ada parents dia namakan dia NATALIA sempena HARI NATAL atau tidak). Aku hadiah kat Nat (dan kat Angah serta Ayin juga) sebuah BLOG. Meng-set-up blog dioranglah menyebabkan aku tak sempat nak update blog sendiri masa cuti krismas.
Boleh lawat blog diorang di http://currypuffgirls.blogspot.com
PILIHLAH DAKU JADI TEMANMU
Ini keputusan TUMPANG TANYA yang lepas. Soalan: "Siapa gamaknya yang Pak Lah pilih?". Jawapan (daripada 346 undi yang diterima):
Ada 84 responden memilih "orang lain". Aku tak tahulah siapa, tapi dari tinjauan rambang, calon yang popular selain tiga Naib Presiden UMNO adalah Musa Hitam, Rais Yatim dan Hamid Albar.
Jangan lupa, Rafidah Aziz kita, ada harapan jugak tu. Ingat tak dia suruh kita panggil PM "Datuk Seri" dan bukannya "Pak Lah". Ada empat kemungkinan kenapa dia suruh tu:
1) Dia IKHLAS: sebagai PM, Pak Lah memang patut dipanggil Datuk Seri.
2) Dia JEALOUS: sebab orang panggil PM "Pak Lah", tapi tak panggil Rafidah "MAK DAH".
3) Dia NAK SABOTAJ: dulu-dulu memang "Datuk" panggilan yang dihormati, tapi hari ini, gelaran "Datuk" boleh dibeli (kata Rais Yatim), maka memanggil Pak Lah "Datuk Seri" seakan satu penghinaan.
4) Dia BODEK: jawatan TPM kan kosong lagi :)
(Perhatikan sebab yang keempat.)
Tapi aku tak rasa Pak Lah akan pilih "orang lain". Dari rancangan tv "MAHATHIR 6 EPISOD" kita dapat belajar yang Hussein Onn sebenarnya nak pilih Ghazali Shafie, tapi orang UMNO marah, maka dia pilih Naib Presiden jugak. Aku rasa, Pak Lah pun tak akan pilih "orang lain". Dia akan pilih Naib Presiden.
Daripada tiga Naib Presiden tu, 155 responden memilih Najib. Mungkin sebab Najib Naib Presiden paling kanan. Tapi jangan lupa, dulu Ghafar Baba dan Ku Li lebih kanan daripada Dr M, tapi Hussein Onn pilih Dr M jugak. "Ke-kanan-an" bukan faktor.
Melihat tv dan suratkhabar kebelakangan ini, gambar Pak Lah bersama Muhyiddin lebih kerap keluar, berbanding gambar Pak Lah bersama Najib. Mungkin Muhyiddin?
(Tapi Samy Vellu pun keluar tv hari-hari.)
FILEM TEMPATAN 2003
Soalan TUMPANG TANYA yang baru berkaitan filem tempatan sepanjang 2003. Ada orang kata aku tak sokong filem tempatan, sebab aku selalu kritik. Sebenarnya, sebab AKU SOKONGLAH maka aku kritik. Kalau aku tak sokong, baik aku tak tengok langsung!
Daripada 15 filem yang aku senaraikan di kolum kanan, aku dah tengok 10. Nanti aku bagi ulasan ringkas tentang 10 filem tersebut, dan aku akan susun dari filem YANG PALING BEST ke filem YANG PALING HAMPEH.
Oh ya, bercakap pasal filem tempatan, aku nak promote drama vcd tempatan -- NEON. Ini drama vcd tempatan paling best. Lima bintang. Pergi cari NEON. Sekarang!
SELAMAT HAPPY NEW YEAR.
# MJ | Permalink
|