Saturday, December 20, 2003

LOTR: ROTK

Menonton Lord of the Rings: Return of the King (LOTR: ROTK) malam tadi.

Ijat kata LOTR itu cerita Perang Dunia kedua. Pika kata Minas Tirith itu mungkin Russia. Aku rasa macam logik juga. Russia (Minas Tirith) diserang oleh German (Orcs). Bantuan dari Barat tiba -- Tentera Berikat: Amerika/British/Perancis (manusia/elves/ hantu). German (Orcs) berjaya ditewaskan. Logik juga kumpulan yang diketuai oleh Aragorn tu adalah Tentera Berikat dari Barat, sebab masa mereka turun dari kapal pun Aragorn cakap mereka "Men from the West".

Cerita macam ini terbuka kepada tafsiran individu. Tak semestinya kita nampak apa yang orang lain nampak. Satu benda yang pasti namun, "cincin sakti" itu adalah perlambangan "kuasa".

"Kuasa" -- sesuatu yang abstrak dan tak nampak -- digambarkan dalam bentuk yang nampak: "cincin sakti". Mereka yang terpedaya dengan cincin sakti dalam kisah LOTR adalah mereka yang terpedaya dengan kuasa dalam dunia realiti. Ada yang tak setuju cincin itu dimusnahkan kerana boleh digunakan untuk kebaikan. Tapi bila dia pegang cincin itu, dia cenderung untuk menyalahgunakan kesaktiannya.

Ini adalah lumrah orang yang memegang kuasa. Sebelum pegang kuasa, memanglah berjanji tak mahu salahguna kuasa untuk kepentingan sendiri. Tapi bila dah pegang kuasa...


GANDALF

Cuba perhatikan Gandalf dalam "Fellowship" serta Gandalf dalam "Two Towers" dan "ROTK":



Nampak tak perbezaan? Rambut Gandalf dalam "Two Towers" dan "ROTK" lebih lurus daripada rambutnya dalam "Fellowship". Dia buat teknik REBONDING kot? :)

(Kalau dia perempuan, mesti suami dia kaya.)


LAGI-LAGI LOTR?

Aku tidak membaca LOTR dan buku-buku seangkatan dengannya. Aku kenal Orcs, Elves dan Dwarves pun daripada computer games seperti Warcraft dan filem seperti LOTR.

Adakah LOTR dalam buku sama dengan LOTR dalam filem? Dalam majalah KLue, ada artikel tentang perbezaan BUKU LOTR dan FILEM LOTR.

Dan apa yang boleh kita harapkan selepas berakhirnya trilogi LOTR? Mungkin, mereka akan filemkan satu lagi karya Tolkien -- THE HOBBITS.

Tapi, aku ada idea untuk buat cerita tentang Elves. Tajuk cerita aku tu "King of the Elves". Kalau Lord Of The Rings singkatannya LOTR, maka King Of The Elves singkatannya, err, malulah nak cakap, tak apalah :)

Thursday, December 18, 2003

MAKNA

Tengah menonton tv dan tiba-tiba keluar iklan, dalam bentuk scrolling-text, di bahagian bawah skrin tv: "Bantu pesakit kanser melalui SMS. Taip MAKNA dan hantar ke 32202. 30 sen akan disumbangkan kepada MAKNA."

Aku pun taip MAKNA dan hantar ke 32202.

Tit-tit! Aku dapat SMS. Dari 32202. Katanya: "Sumbangan anda besar ertinya. Terima kasih. Pemeriksaan sendiri payudara sebulan sekali boleh menyelamatkan nyawa anda daripada kanser payudara."

Umm... okay. Good advice.

Tapi masalahnya, payudara siapa yang aku nak check?

(Lawat: Laman Web MAKNA)


RAYA

Sabtu minggu sudah (06/12/03), lepas pergi kenduri kahwin Jigo, aku pergi beraya kat rumah Kak Ungku di Seremban. Lepas tu pergi beraya kat rumah Salji di Bandar Tasik Selatan. Pergi satu kereta dengan Zhouls, Shimi, Yazi, dan Fida. Tapi balik satu kereta dengan Ep, Kak Zar, Mushroom, dan Ct Cute. Aku ikut Ep singgah rumah Kak Zar.

Sabtu baru ni (13/12/03), aku pergi beraya kat rumah Amyz di Kg Cheras Baru. Lepas tu pergi beraya kat rumah Mie di Sungai Buloh. Pergi satu kereta dengan Zhouls dan Salji. Tapi balik dengan Rudy. Aku tidur kat rumah Rudy pun malam tu.

Khamis minggu sudah (11/12/03), aku dan kroni pergi beraya kat rumah Owin. Khamis minggu ni (18/12/03), kami pergi beraya kat rumah Julia & the Gang pulak.

Ramadhan = bulan puasa. Syawal = bulan makan free.


TAPIR KELUAR TV

Cerita pasal tapir keluar kat Majalah 3 Sabtu lepas. Majalah 3 interview kakak Emma. Aku tak tengok pun sebab aku sibuk beraya. Emma kata kakak dia nak pergi Brazil lepas ni. Lepas pergi Brazil, kakak dia pergi Panama pulak, ada Simposium Tapir Antarabangsa.

Orang lain sibuk beraya. Kakak dia sibuk berjuang. Berjuang membela nasib tapir.


PAYUDARA

Doktor, ada kemungkinan tak orang lelaki kena kanser payudara? (atau payuteruna?)

Friday, December 12, 2003

TAPIRKU TAPIRMU JUA

Mensh: Artikel tentang tapir pernah keluar dalam The Star dua tiga bulan lepas.

MAT JAN: Rasa-rasanya artikel dalam The Star tu pasal "Malayan Tapir Conservation Workshop" yang kakak Emma hadiri tu.

Basrie: Dulu pernah seekor tapir tersekat dalam tali air di kampung aku. Glamer kampung aku sebab masuk paper & TV. Tapi aku tak tahu ke mana beliau dibawa, mungkin ke Zoo Melaka.

MAT JAN: Bukan saja tersekat dalam tali air, tapir juga pernah ditemui terapung-apung di tengah laut. Klik sini untuk berita lanjut dalam Utusan.

Emma: Start bulan Jan-Mac skali lagi simposium tapir akan diadakan... tapi kali ni kat Brazil kalo tak silap aku.

MAT JAN: Bukan kat Panama ke Emma? Klik sini untuk maklumat lanjut.

Jae Bot: Bukan ke dulu website lama hang ada cerita pasal tapir/cipan?

MAT JAN: Hahaha... hang ingat lagi website tu. Website tu dah pupus. Ada gambar aku masa budak-budak. Klik sini untuk screenshot.

Arphan Ahmad: Ingin berjumpa saudara dan Emma untuk berbincang berkenaan tapir. Sila hubungi saya melalui email atau talian 012 2731016.

MAT JAN: Bincang dengan kakak Emma la, dia orang paling expert pasal tapir di Malaysia. Email Emma: emma_yeayea@hotmail.com.

Untuk lebih informasi tentang tapir, lawatlah laman web THE TAPIR GALLERY (klik!).


BURUH KANAK-KANAK

Cik Kieli: Wei Mat Jan, tak powerlah. Mana ada edisi siasat kalau takde bukti (gambar tak keluar daa)

Nonie: Haahla Mat Jan, gambo tak kuar... APAKEJADAHNYA tu! (isk sakit tinga stiap kali Wan Kamarudin tu sebut) tak dapat nak nengok edisi siasat eksklusif ko tuh...

MAT JAN: Ye ke? Gambar tak keluar ke? Aku tengok okay aje. Kadang-kadang ramai sangat orang tengok page ni pada satu masa, sebab tu gambar yang aku store kat Geocities tu tak keluar (traffic jam daa...). Lain kali korang gilir-gilir la masuk page ni. Cik Kieli masuk pukul 8:00, Nonie masuk pukul 9:00, Wan Kamarudin masuk pukul 10:00. APAKEJADAHNYA masuk serentak? Kalau semua orang masuk serentak tu kadang-kadang gambar tak keluar. Bila gambar tak keluar, kena dok NGANGA sajalah :)

Wednesday, December 10, 2003

EDISI SIASAT: BURUH KANAK-KANAK



(Baca segmen ini dengan suara ala-Wan Kamarudin NTV7)

Mereka sepatutnya bersekolah. Membesar secara normal. Kesihatan dijaga. Tetapi sebaliknya mereka dikerah untuk bekerja, dan kebajikan mereka diabaikan. APAKEJADAHNYA SEMUA INI?

Eksploitasi kanak-kanak dalam bidang ekonomi berlaku di serata dunia. Menurut anggaran ILO, di negara-negara membangun sahaja, terdapat lebih kurang 250 juta kanak-kanak berusia antara 5 hingga 14 tahun terlibat dalam aktiviti ekonomi. Untuk 120 juta daripada mereka, bekerja adalah aktiviti sepenuh masa. Manakala baki selebihnya bekerja sambil bersekolah atau sambil melakukan aktiviti bukan-ekonomi yang lain.

Angka ini amat mengejutkan. Sesuatu mesti dilakukan. TAKKAN KITA NAK DUDUK NGANGA SAHAJA?

Menurut perangkaan pada tahun 1999 itu, 70.4% daripada buruh kanak-kanak bekerja dalam bidang pertanian/perhutanan/perikanan. Baki selebihnya bekerja dalam bidang perlombongan/kuari, pembinaan, pengeluaran, dan perniagaan borong/runcit/restoran.

Wartawan Edisi Siasat Mat Jan, dan jurugambar Zhouls, membongkar kejadian yang sangat menggemparkan -- eksploitasi BURUH KANAK-KANAK DI MALAYSIA. Bagaimanapun, mereka bukan bekerja dalam bidang-bidang yang dinyatakan ILO tadi. Mereka bekerja di MAJLIS KENDURI KAHWIN.

Berikut adalah gambar-gambar eksklusif yang sempat dirakamkan sewaktu wartawan dan jurugambar kami menghadiri kenduri kahwin JIGO dan BORG baru-baru ini.

(Klik gambar di bawah untuk gambar yang lebih besar)



Buruh kanak-kanak digunakan untuk mengangkat dan membasuh pinggan mangkuk. Keadaan tempat kerja mereka sungguh mendukacitakan. Apakejadahnya semua ini? Takkan kita nak duduk nganga sahaja?

Kepada Jigo dan Borg: Jangan marah haa... aku bergurau aje. SELAMAT PENGANTIN BARU :)

Monday, December 08, 2003

Friday, December 05, 2003

BENDA KAW-KAW

Aku pergi Mid Valley semalam dengan Pika, Malee dan Julia. Dalam perjalanan ke sana, aku sms Emma kalau-kalau dia boleh pergi sama dan serah "benda kaw-kaw" tu kat aku.

Kat Mid Valley, waktu Malee dan Julia shopping, aku dan Pika tengok wayang. Tengok wayang waktu orang pompuan shopping adalah lebih berfaedah daripada duduk tepi longkang.

Aku hairan tengok suami-suami yang duduk tepi longkang Globe Silk Store (dan shopping complex lain) waktu isteri-isteri shopping dekat-dekat raya, apa faedah yang mereka dapat? Sedut asap kereta yang lalu-lalang depan Globe bukannya seronok. Lainlah kalau ekzos kereta melepaskan helium, seronok juga disedut. Daripada duduk tepi longkang, lebih baik suami-suami tu pergi tengok wayang. Wayang satu tayangan lebih kurang dua jam, orang pompuan shopping lebih kurang lapan jam. Kita sempat tengok empat tayangan waktu mereka shopping!

Masa dalam panggung, dapat sms daripada Emma. Dia dah sampai Mid Valley. Habis tayangan, aku pergi jumpa Emma dan ambil "benda kaw-kaw" tu.

Bukan. Benda kaw-kaw tu bukan Serbuk Kopi Cap Kapal Api. Tetapi cenderamata "Malayan Tapir Conservation Workshop". Bengkel diadakan di Krau Wildlife Reserve pada 12-16 Ogos 2003.


TAPIR: KENAPA DIPINGGIR?

Aku sedih. Malaysia jadi tuan rumah bengkel tapir antarabangsa, tapi tak siapa pun yang tahu. Bila cakap pasal 11 September 2001, orang cuma tahu pasal tragedi WTC, orang tak tahu pun pasal Simposium Tapir Antarabangsa di Costa Rica. Bila cakap pasal haiwan terancam di negara kita, orang cuma ingat penyu dan orang utan, orang tak ingat pun tapir. Kenapa tapir dipinggirkan? KENAPA???

Aku memang minat tapir sejak kecik. Ada empat spesis tapir di dunia. Tiga di Amerika Selatan, dan satu di Malaysia. Keempat-empatnya diancam kepupusan. Bila aku hantar posting ini di Forum GJ, aku tak sangka ada orang lain berkongsi minat yang sama. Kakak Emma rupa-rupanya seorang aktivis tapir. Dia mewakili Malaysia dalam bengkel antarabangsa tu.

Aku sangat gembira bila Emma kata dia boleh dapatkan aku cenderamata daripada bengkel tapir tu. Dia hadiahkan aku tempat sangkut kunci dan frame gambar berbentuk tapir, juga penanda buku dan loket berukiran tapir. "T-shirt pun ada. Tapi sehelai saja. Jadi aku yang pakai," kata Emma.

Kepada semua rakyat Malaysia: sayangilah tapir kita. Jangan biarkan mereka pupus seperti dinosaur. TAPIR KITA TANGGUNGJAWAB KITA!

Thursday, December 04, 2003

BANDARAYA ALOR SETAR

Alor Setar dah jadi bandaraya. Akan diisytiharkan secara rasmi pada 21 Disember nanti. Ada orang kata tak layak sebab tak nampak macam bandaraya pun -- tak ada bangunan pencakar langit, tak ada jalan raya bertingkat-tingkat, dan tak ada LRT atau Monorel. Tapi aku tak rasa macam tu.

Aku rasa Alor Setar memang patut pun di-naik-status jadi bandaraya. Alor Setar dah ada dua ciri penting bandaraya -- traffic jam dan banjir kilat!

Bangunan pencakar langit tak perlu. LRT pun tak perlu. Itu semua cuma aksesori tambahan.


SEDUT HELIUM: RACUN ATAU NIKMAT?

Walaupun "doktor" (rujuk respon untuk catatan 18 November) kata helium tidak selamat untuk disedut, tetapi dia juga berkata "keracunan helium dapat dikurangkan sekiranya disedut dalam campuran 80% helium + 20% oksigen".

Sebenarnya, bila kita sedut helium daripada belon helium, kita bukan sahaja menyedut helium dari belon itu. Kita turut menyedut oksigen daripada udara persekitaran. Campuran helium dari belon dan oksigen dari persekitaran menjadikannya selamat. Campuran itu mungkin dalam nisbah 70:30 atau 60:40 pun. Mengandaikan campuran 80:20 dapat mengurangkan keracunan, maka campuran dalam nisbah 70:30 atau 60:40 pasti menjadikan tahap keracunannya pada tahap minimum, kalaupun tidak sifar.

Menyedut helium adalah selamat. Lainlah kalau kita sedut helium dalam persekitaran tanpa udara. Itu memang nak mampos. Yang disedut adalah 100% helium. Tapi siapalah yang nak sedut helium dalam persekitaran tanpa udara? Siapa yang nak sedut helium dalam tupperware kedap udara?

"Atau dalam kebuk wasap," sampuk Zumir.

Aku pun tak tahu apa itu kebuk wasap. Kalau "Yo, wassup!" aku tahulah. Sekolah menengah dulu aku bukan budak aliran sains.

Berdasarkan pengalaman, kawan-kawan yang jadi "AJK Belon Helium" sewaktu menganjurkan Annual Dinner atau Family Day pernah sedut helium terus dari tong gas. Ya, straight from the tank. Sambil isi helium dalam belon, mereka sedut helium itu dan menikmati suara mereka yang jadi macam kartun. Menyedut helium dari tong gas helium adalah lebih menyeronokkan daripada menyedutnya dari belon, kerana tempoh suara kartun lebih panjang. Kita sempat menyanyikan "Rasa Sayang Yay!" dalam suara kartun sehingga dua rangkap pantun!

Keadaan kesihatan mereka (AJK Belon Helium) adalah tip-top. Malah ada antara mereka mewakili universiti dalam acara olahraga.

Cubalah helium sekarang. Anda pasti seronok!


RESPON: FORUM-BOARD STYLE

Kebelakangan ni respon-respon yang aku terima panjang-panjang dan bernas-bernas. Lepas tu ada interaksi pulak antara pembaca. Ada pembaca reply respon pembaca lain. Blog aku dah jadi macam forum-board.

Sebab tu aku pakai Haloscan's commenting system sekarang. Kalau kau nak respon pada satu-satu topik, jangan guna guestboard yang kat kolum kiri tu, tapi kliklah pada kalimah "Respon?" kat bawah catatan tu. Dia akan bertukar jadi "1 Respon" atau "2 Respon" atau "8 Respon" -- bergantung kepada jumlah respon yang diterima.

Misalnya, kalau nak respon pasal Poligami, klik pada "Respon?" kat bawah catatan Poligami. Begitulah jugak kalau nak respon pasal "Jiwa Negara", "Anak & Adat", "Datang & Pergi", atau "Gelak Khas".

Guna guestboard kat kolum kiri tu hanya untuk benda-benda yang tak berkaitan dengan topik yang aku catat. Misalnya: pasal "benda kaw-kaw" (haha!), ataupun untuk jot the ever popular "Hi, nice website, visit mine!" message.

Respon jangan tak respon. Klik "Respon?" (atau "3 Respon") kat bawah tu. Sekarang.