Monday, November 24, 2003

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Friday, November 21, 2003

MEREKA YANG TERKENA

Bukan diorang TAK BERADAB. Memanglah Easy dan Makcik Daun tak hidang air waktu kami pergi rumah diorang. Tapi diorang tak hidang air pasal sekarang BULAN PUASA, dan kami pergi rumah diorang PETANG. Itu pun, ada jugak orang yang terkena dengan "lawak Ramadhan" aku tu.

Sila baca respon Nazmi yang ini: "mat jan, dlm islam kau boleh tuntut hak kau di rumah bapak easy dan mak cik daun; iaitu air. sekurang2nya hak tetamu ialah dihidangkan air. he he he."

Ada yang dapat tangkap lawak aku, tahniah! Sila baca respon Mushroomcute yang ini: "petang ahad ko mintak air? ko tak posa ker? hehehhahhahha".

Nazmi akhirnya menyedari yang dirinya terkena, lalu responnya begini: "ceh, mat jan tlh misleading aku. ha ha ha. lupa aku, bulan puasa."

Hujah bela diri daripada Easy dan Makcik Daun membuktikan mereka manusia beradab. Easy: "wehhh aku tak hidang air tapi aku bagi korang bekal rambutan dan pulasan sebeg plastik seorang!". Makcik Daun: "bewok la ko mat jan.. aku ganti dengan tayangan pertama tarian hurung semut dan buah2an tempatan segar dari ladang untuk ko.. :P"


KONGSI-KONGSI

Veni kata Kula raba tetek dia. Kula kata dia tak sengaja pegang, dia nak halau tebuan kat baju Veni sebenarnya. Tapi enam bulan yang lepas, Kula pernah disabit kesalahan mencabul kehormatan Jeya. Masa tu, Kula kata dia tak sengaja pegang tetek Jeya, dia nak halau pepatung atas baju Jeya.

Cerita di atas adalah petikan soalan nombor 8, kertas Law of Evidence. Berikut adalah kertas exam semester lepas untuk dikongsi bersama dengan budak law universiti lain (atau bukan budak law yang teringin nak tengok soalan law). Collect the whole set, trade them with your friends:

+ Law of Association I

+ Law of Conveyancing

+ Equity & Trust II

+ Law of Evidence I

+ Family Law II

+ Land Law II

Tuesday, November 18, 2003

MARI MENDAFTAR

Ciri-ciri pelajar cemerlang: 1) Mulakan semester anda dengan ponteng kuliah. Hahaha! (Siapa suruh buka semester dekat-dekat raya?)

Aku tak online seminggu sebab aku balik ke kampus uruskan pendaftaran kursus. Sepatutnya minggu ni start kuliah dan minggu depan start cuti. Tapi hari ni aku dah ada kat kampung. Semester ni seronok sikit berbanding semester lepas sebab Owin dan Ikin dah kembali belajar setelah mengambil cuti sepanjang semester lepas, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Kelas menjadi lebih riang kalau dapat menyakat dan disakat pompuan dua ekor tu. Tapi rasanya aku tak ada sama kelas dengan diorang semester ni. Sebab diorang cuti last semester, semester ni diorang jadi "junior" aku.

Aku mendaftar dengan Owin, Ikin, Julia, Milia dan Mona (eh, aku baru tersedar kawan-kawan aku semua pompuan -- selamat datang ke universiti tempatan!). Dalam laman web universiti, tarikh daftar adalah 11 November. Tapi dalam notis yang ditampal di Law School, budak semester 5 ke bawah daftar pada 11, dan budak semester 6 ke atas daftar pada 12. Sebab 12 cuti Nuzul Quran, kitorang pergi daftar pada 13. Dan Unit Kewangan Zon 7 suruh kami bayar denda RM35 sebab lewat daftar!

Owin dan Ikin dikecualikan sebab orang yang ambil cuti khas boleh daftar lewat. Tapi aku dan yang lain-lain tu kena bayar jugak. Aku dah hilang semangat lawyer (baca: semangat menegakkan hak) sebab bulan puasa, aku letih nak naik turun jumpa Bendahari universiti. Aku hampir-hampir nak mengalah, macam nak bayar saja denda tu. Tapi kawan-kawan aku semangat juang mereka masih tinggi, maka kami pergi Law School tanggalkan notis kat dinding tu, komplen kat Encik Alias, dan dia tulis memo kat Timbalan Bendahari mintak kami berempat dikecualikan daripada denda.

Lepas tu kami berempat pergi jumpa Tuan Haji Marwan (Timbalan Bendahari). Aku tunjuk memo dan notis tu. Tuan Haji kata: "Macam mana boleh jadi macam ni? Kita dah keluar pekeliling daftar 11 haribulan, macam mana fakulti boleh keluar notis daftar 12? Ni dalam law, orang panggil 'misrepresentation of fact'. Saya pun belajar contract jugak dulu". Lepas tu dia tulis "dikecualikan daripada denda" dan dia cop nama dia kat slip bayaran kami. Selamat RM35.

Tapi aku rasa bersalah pulak sebab nasib kami empat orang saja yang kami perjuangkan. Padahal ada kawan-kawan lain macam Kotai dan Epul yang daftar pada 13 dan bayar denda RM35. Mungkin ada orang lain lagi.

Owin dan Ikin, walaupun tak kena denda, tetap tak daftar subjek lepas selesai urusan di Unit Kewangan Zon 7. Diorang tetap escort dan tunggu kami selesai urusan dengan Tuan Haji Marwan. Tapi Ikin komplen-komplen jugak. Aku kata kat dia: "Ini sebenarnya nak menguji semangat SETIAKAWAN hang. Hang sanggup ke tak susah sama bila kawan hang susah?". Ikin kata: "Ya la SETIAKAWAN, tapi kalau bulan puasa, panas dan letih macam ni, aku sanggup CURANGKAWAN!".

Hahaha. Bertambah vocab aku. Setia lawannya curang. Jadi SETIAKAWAN lawannya CURANGKAWAN?


HILANG

Kalau orang lain gunakan guestbook Jongkang Jongket untuk berkomunikasi dengan aku, aku tak hairan. Tapi Lan, HOUSEMATE aku sendiri, tanya dalam guestbook ke mana aku hilang dua tiga hari? Kenapa tak SMS saja? Aku bukan online 24 jam, mesej dalam guestbook tu bukan saja tak sampai kat aku, malah merisaukan mak ayah aku di kampung. Bila ayah aku baca mesej Lan dalam guestbook, dia ingat aku hilang manalah sampaikan housemate sendiri pun tak tahu.

Masa aku "hilang" tu, aku tidur di rumah Cipan di Seksyen 2, dan di rumah Marzuki di Puncak Alam. Aku saja nak rasa suasana berbuka dan bersahur dengan kelompok kawan yang berbeza. Paling bengong sekali kat rumah Cipanlah. Budak-budak rumah dia pergi pasar Ramadhan bukan setakat beli benda makan, malah beli belon helium! (ada jugak orang jual belon kat pasar Ramadhan?). Lepas bukak puasa, diorang sedut helium dari belon tu dan suara jadi macam kartun! Hahaha! Sakit perut aku tahan gelak. Bercakap dan menyanyi dengan suara kartun. Helium buat suara kita jadi macam chipmunk. Cubalah! Anda pasti seronok!

Ada satu malam tu aku pergi rumah Jigo. Bersahur dengan Jigo dan Spyz kat Seksyen 13. Jigo ajak aku tidur rumah dia tapi aku balik rumah. Takut Lan ingat aku hilang pulak dan report polis :)

Hari Sabtu aku bukak puasa dengan Geng Jurnal kat Restoran R&K di Setiawangsa. Aku ajak Marzuki sekali. Geng Jurnal yang hadir: Amyz, Salji, Nett, Zhouls, Tok Gawo, Hayazi, Mie, Jigo, dan Spyz. Ni first time aku jumpa Amyz dan Zhouls.

Lepas bukak puasa, kami (kecuali Jigo dan Spyz) pergi tengok wayang. Aku nak tengok Matrix Revolution sebenarnya, tapi majoriti diorang dah tengok Matrix. Disebabkan aku terlalu terikat dengan sistem demokrasi, maka aku pun ikut majoriti. Lima orang tengok Basic. Empat orang tengok Brother Bear. Aku tengok Basic.

Hey, tak rugilah! Basic memang best. Banyak unsur kejutan. Berapa kali dia twist jalan cerita. Lima saat terakhir filem baru kau dapat tahu ending. Benda yang kau tak dapat predict awal-awal. Dari segi lakonan, John Travolta memang tak pernah mengecewakan aku. Aku bagi Basic empat setengah bintang dan tiga setengah planet!


SIJANGKANG

Petang Ahad aku pergi rumah Easy di Sijangkang, dengan Spyz dan Jigo. Isteri Easy dah bersalin. Easy dah jadi bapak. Cik Daun dah jadi makcik, dia dah dapat anak saudara. Hmm... aku tak mahu panggil dia Cik Daun lagi, aku nak panggil dia MAKCIK DAUN. Hahaha! Hai MAKCIK, apa kabo?

Easy dapat projek pelancaran laman web Skop Productions tu! Wahh... dah jadi kroni Yusof Haslam, gerak gerak gerak khasss... ewahh!! Dah, aku tak mahu nyanyi banyak-banyak, nanti Auntie Yan marah :)

Ada ke patut Easy dan Makcik Daun tu, orang pergi rumah dia, dia tak hidang air? Tak beradab sungguh!

Sunday, November 09, 2003

BOLEH BAKAR NATIONAL LAND CODE :)

Keputusan examku:



Wahh... banyaknya C. Aku terlebih Vitamin C gamaknya ;p


ADA APA DENGAN MAT JAN?

Ada orang tulis tentang Mat Jan dan Jongkang Jongket dalam blog mereka:

+ Catatan Nonie 8 November 2003

+ Catatan Mensh 6 November 2003 (tajuk: Bukan Catatan Biasa)

Friday, November 07, 2003

MEMBALAS RESPON: GELAK KHAS

zaza: apa jd ngan hp hang? aku antar msg, asyik failed ja... aku skang tgh modul law mat jan.. yg ajar. pn aisha dengan pn norhashimah.. nanti part assignment, bleh la tanya hang, eh? ;)

MAT JAN: Boleh.

basrie: 2 Nov -Kalau ronda-ronda malam pulak mesti nak minum teh tarik. Bukan tiap-tiap malam aku rasa, tapi hampir tiap-tiap episod ada minum teh tarik. Sayangnya.. aku tak larat sangat nak gelak posa-posa ni bila baca lawak ilmiah kau Mat Jan.

MAT JAN: Ya Basrie, menurut Tan Sri KPN kita, 75% anggota polis suka minum teh tarik bila ronda-ronda malam. Lagi satu, selalu diorang suruh "Sarjen Misai" tu belanja minum. "Teh tarik bolehlah!" kata Sarjen Misai. "Teh tarik pun teh tariklah!" jawab yang lain. Penulis skrip Gerak Khas hanya perlu "cut-and-paste" skrip minggu lepas untuk episod minggu ini.

purbe: ehh.. korang yg ambil law korang kenal tak cik mazlifah rasanya dia ngajar criminal lat kat uitm s.a tue..

MAT JAN: Kenal.

Lan: hang daftar bila? ckp kat akak hang, happy besday....

MAT JAN: Aku daftar 11 November.

Jae Bot: Dalam Gelak Khas polis 'pompan' mesti cun cun habis habisan. Solek solekkan lagi, cam bintang bintangan. Tapi kat polis stesen polis pompuan, terbalikkan je lah apa yang aku cakap tadi. Bukan nak kondem Polis pompan tapi nak cakap yang Uncle Ucop Aslam buat cerita boleh buat ku ketidur tiduran.

MAT JAN: Tak jugak Jae. Polis "pompan" yang jaga kaunter kat Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam lawa-lawa hapa. Cuma tak solek-solekan lebih-lebihan aje. Kalau kawan aku hilang wallet ke hapa dan nak pegi report kat balai seksyen 6, aku mesti nak ikut punya :)

akmaL: mat jan..yang kelakarnya bini si aziz singah tu boleh pulak cakap..kita ni lagi berapa hari nak sambut merdeka..anak pulak hisap dadah..kelakor beno bunyinye...

MAT JAN: Normah Damanhuri. Yang jadi bini Aziz Singah tu Normah Damanhuri. A'ah... dialog tu macam bermaksud: kalau ya pun nak hisap dadah, hisaplah, tapi janganlah dekat-dekat sambutan merdeka... hahaha!

marilyn: mak aku kata, yusuf haslam masa muda nak sangat jadi polis tapi tak dapat...

MAT JAN: Alhamdulillah... nasib baik tak dapat! Kalau dapat, habis dilepasnya semua orang salah kalau orang tu orang ternama (atau anak orang ternama). Menurut BEKAS KPN kita, orang ternama pun kita kena tumbuk sampai mata lebam jugak.

Jae Bot: Ye, bukan ke dulu Uncle Ucop penah jadi conductor bus mini? Tapi takde la kena mengena dengan gerak khas.

MAT JAN: Betul tu Inspektor Jae bot, menurut Tan Sri KPN kita, Yusof Haslam pernah jadi konduktor bas. Sebab tu dia buat drama polis tak real pasal dia tak pernah jadi polis. Cuba dia buat drama pasal konduktor bas, mesti real punya! Dan kalau dia buat cerita pasal konduktor bas, aku dah ada tajuk yang paling sesuai -- GERAK BAS. (Lagu tema: Gerak Gerak Gerak Basss.... Gerak Gerak Gerak Basss.... Gerak Gerak Gerak Basss.... Bergerakkk wahai demi untuk penumpanggg...). Bayangkan Abby Abadi jadi konduktor bas lawa pakai lipstick, hahaha!


MEMBALAS RESPON: DATANG & PERGI

pakdi: mat jan, hati-hati sikit ye kalau memetik sirah sahabat dalam hal tu. ada byk fitnah yang berlaku. Tarikh Tabari hanya meriwayatkan sahaja. Kena baca buku ulama yg memastikan sanad-sanad yg sahih sahaja dalam tarikh tabari tu.

nazmi: aku setuju pandangan pak di. pd akhir zaman uthman ra, terlalu banyak fitnah yg berlaku. soal pentadbiran uthman ra boleh diselidik terlebih dahulu, sebelum membuat kesimpulan - pengamalan dasar nepotisme dan kronisme - aku bimbang, bila org baca catatan kau, dia gunakan kayu ukur sekarang ini utk meletakkan kesalahan secara langsung kpd uthman ra, dan tanpa sedar merendah2kan kedudukan sahabat Rasulullah saw.

ikangarang: er..mat jan ade sebabnye kenape uthman melantik ramai ahli keluarganye, juge ade sebab kukuh kenape dia menaikkan cukai. semate2 utk hasilkan 2000 kapal perang utk persiapkan menghadapi ancaman musuh. sementara dia terpakse melantik saudarenye utk menjamin loyalty dalam tugas disebabkan zaman tu byk perebutan kuase yg sentiasa mengancam. aku tak mampu nak ghoyak kat sini semuanye tp hakikatnye sebegitu ramai orientalis barat amik peluang dasar2nye utk memburukkan khalifah uthman.

MAT JAN: Terima kasih Pakdi dan Nazmi kerana menegur. Terima kasih Ikangarang kerana memberitahu apa yang aku tak tahu.

Menurut Ikangarang, Uthman "melantik saudarenye utk menjamin loyalty dalam tugas disebabkan zaman tu byk perebutan kuase yg sentiasa mengancam". Dan Uthman "menaikkan cukai semate2 utk hasilkan 2000 kapal perang utk persiapkan menghadapi ancaman musuh" (err, aku rasa aku tak sentuh pun pasal kenaikan cukai, tapi tak apalah).

Pun begitu, justifikasi yang Ikangarang sebut tu tetap tidak mengubah mesej yang ingin aku sampaikan, iaitu: jarang-jarang ada pemimpin yang dapat memuaskan hati SEMUA ORANG; dan pasti ada golongan itu dan golongan ini yang tidak suka pada seseorang pemimpin disebabkan dasar-dasar yang dia laksanakan.

Langkah Uthman melantik saudara-maranya memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, walaupun sebabnya baik, pasti mengundang rasa tidak puas hati pihak yang dipecat (dan para penyokong mereka). Begitu juga kenaikan cukai, walaupun untuk tujuan baik, pasti mengundang rasa tak puas hati segelintir pembayar cukai. (Tapi aku tak sentuh pun pasal kenaikan cukai, aku cuma komen pasal dasar nepotisme.)

Inilah pun yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin dunia sejak zaman-berzaman, termasuk pemimpin kita. Tidak ada pemimpin yang boleh memuaskan hati SEMUA ORANG. Pasti ada golongan yang tidak suka kepada seseorang pemimpin disebabkan dasar yang dilaksanakan, walaupun dasar itu (pada pandangan pemimpin tersebut) adalah untuk kebaikan. Itulah mesej yang ingin aku sampaikan. Bukannya aku nak merendah-rendahkan Uthman, tidak.

Mungkin aku kena re-phrase beberapa ayat dalam "DATANG & PERGI". Terima kasih sekali lagi kerana berkongsi ilmu. Menulis blog menjadi lebih seronok bila ada pembaca macam kalian :)

Tuesday, November 04, 2003

Tahukah anda? Hari ini birthday KAKAK SAYA.

SELAMAT HAPPY BIRTHDAY, KAK!

Semoga panjang umur dan murah rezeki.

Sunday, November 02, 2003

GELAK KHAS

Dahagakan komedi Bahasa Melayu di tv, aku menonton GERAK KHAS (yang aku panggil GELAK KHAS). Kalau SENARIO gagal buat aku gelak sebab lawak dia tak lawak, GERAK KHAS pula sebaliknya berjaya buat aku gelak sebab benda yang tak sepatutnya lawak. GERAK KHAS, pada aku, tak real.

Satu: sebab PDRM ada Bahagian Narkotik, Bahagian Jenayah, Unit Anjing Pengesan, dan sebagainya. Tapi dalam GERAK KHAS, polis yang sama handle kes dadah, polis yang sama handle kes bunuh, dan agaknya polis yang sama juga jadi anjing pengesan. Tak ada muka lain.

Dua: tengok cerita polis orang putih, ada pintu pecah, tingkap pecah, cermin pecah. Tapi dalam GERAK KHAS, tak ada benda pecah langsung. Polis buat kerja dengan berhati-hati.

Tiga: polis tembak dengan pistol dan kena. Orang jahat tembak dengan machine gun tapi polis boleh elak. NEO bukan THE ONE aku rasa, ada sepuluh orang lagi boleh elak peluru macam dia -- polis GERAK KHAS.

Dalam satu episod namun, persepsi aku berubah.

Bila nampak nama Aziz Singah keluar sebagai pelakon undangan, sebelum drama bermula, aku dah teka: dia akan pegang watak orang kaya yang ada anak bermasalah. Dan ya, tekaan aku tepat. Dalam episod hari tu, Aziz Singah pegang watak Datuk yang ada anak hisap dadah. Nostradamus taklah hebat sangat, aku pun boleh ramal masa depan (bila menonton drama Melayu of course).

Anak Datuk ini lari dari rumah. Dan hisap dadah dengan kawan-kawan sebayanya. Diulang: SEBAYA. Datuk pergi report polis. Selepas itu, seperti dalam setiap episod, dua/tiga orang polis pun berjalan-jalan di koridor sambil bersembang: "Ya Mazlan, menurut Tan Sri KPN kita, 70% penagih yang terlibat dalam bla bla bla... kita mesti bertindak secara MESRA, CEPAT dan BETUL..."



Setelah menjalankan siasatan (dan bersembang di koridor), polis GERAK KHAS yang handal tu berjaya mengesan anak Datuk tadi tengah hisap dadah dengan kawan-kawan sebayanya. Kawan-kawannya digari dan dilayan kasar macam penjenayah. Tapi anak Datuk ini tidak digari, malah dinasihat oleh polis: "Kenapa adik berkawan dengan budak-budak jahat ini? Kasihan mak ayah adik. Mereka orang ternama. Insaflah bla bla..."

Mungkin nak tunjuk polis tu mesra dan betul.

Tapi cuba kau fikir, BETUL ke macam tu? Kenapa bila ANAK DATUK hisap dadah, dia TERSILAP JALAN. Tapi bila ANAK ORANG LAIN hisap dadah, dia BUDAK JAHAT? Kenapa bila ANAK DATUK hisap dadah, dia TIDAK DIGARI malah DINASIHAT. Tapi bila ANAK ORANG LAIN hisap dadah, dia DIGARI dan DILAYAN MACAM PENJENAYAH?

Kenapa? Katanya drama Gerak Khas nak menaikkan imej polis, tak ada watak polis terima rasuah dan sebagainya. Tapi, tidakkah babak amalan double-standard polis -- memberi layanan istimewa kepada anak orang berada/ternama, dan layanan kasar kepada anak orang lain (walaupun mereka semua melakukan kesalahan yang sama) -- telah menjatuhkan imej polis? Sepatutnya, polis itu memberi layanan sama rata kepada penagih dadah tu tak kira dia anak siapa.

Adakah ini kelemahan atau memang disengajakan? Adakah Yusof Haslam cuba memaparkan realiti?

Entahlah. Tapi sekurang-kurangnya, kalau babak ini memang disengajakan, persepsi aku terhadap drama Gerak Khas dah berubah. Selama ini aku anggap Gerak Khas tak real. Nampaknya, masih ada unsur real dalam drama ini. Mungkin ;)

(NOTA: Ini bukan kritikan terhadap PDRM. Ini kritikan terhadap drama GERAK KHAS. Polis Malaysia semua baik-baik.)