Tuesday, September 23, 2003

BICARA KARYA

Sabtu 20/09/03. Toksik dan Nazmi datang rumah aku pagi-pagi dan kami sama-sama bertolak ke MPH Mid Valley. Ada majlis BICARA KARYA, membicarakan tiga novel yang menang Peraduan Menulis Novel Alaf Baru. Termasuk novel Nazmi sendiri, MERENTAS SUNGAI SEJARAH. Kalau tak kerana Nazmi, aku tak pergi ke majlis macam ni pada pagi Sabtu. Lebih baik aku buat aktiviti kegemaran aku -- bermain golf. Err, main golf atas tilam.

Kat MPH aku jumpa ramai lagi Geng Jurnal -- Saharil, Hayazi, Ep, Spyz, Mie, Easy, Pakdi, Ebb, Firdaus dan Emma (err, aku ada tertinggalkah?). Ada antara mereka yang aku baru jumpa pertama kali (walaupun dah kenal lama kat internet). Macam mana nak tahu orangnya kalau tak tahu rupa? Saharil aku kenallah sebab dah pernah tengok gambar dia dalam internet, majalah, dan suratkhabar. Firdaus pulak sebab Hayazi kenalkan ("Tingginya kau Mat Jan" -- Firdaus). Pakdi pun tak sukar sangat, aku SMS cakap aku pakai t-shirt apa serta jaket colour apa, dan dia tegur aku dulu. Yang paling mencabar sekali, nak tahu yang mana satu Emma.

Aku duduk depan. Emma SMS aku cakap dia berdiri kat belakang. Aku toleh nampak budak pompuan senyum. Aku ingat dia Emma. Lepas habis majlis aku tegur budak tu: "Emma ke ni?". Dia jawab: "Bukan!". Hehe... slow-slow aku blah. Malu, malu. Mesti budak tu ingat tu taktik aku nak mengorat dia. Rupanya Emma kat Coffee Beans.

Kalau tak kenal orang yang tak pernah jumpa tu okay lagi. Ini orang yang aku pernah jumpa pun aku tak cam. Aku ingat siapalah budak pompuan staff MPH yang tegur aku ni. Aku tengok muka dia lama-lama baru perasan, Ebb. Last time aku jumpa dia rambut pendek, sekarang dah panjang. Sebab tu tak cam.

Mula-mula, A Samad Said ulas DOMINASI TEBRAU. Dia, antara lain, komen Aminah Mokhtar guna kata kerja "TERPANCUT" walaupun ada kata kerja lain yang lebih sesuai. Toksik bisik kat aku: "Kalau kau guna perkataan TERPANCUT okaylah Mat Jan, itu memang kerja kau!". Cilakak Toksik! Hehe...

Lepas tu, Faisal Tehrani ulas ARCA, dan Zaharah Nawawi ulas MERENTAS SUNGAI SEJARAH. Lepas Marlia Musa baca naskhah Dominasi Tebrau, ada sesi dengan penulis-penulis. Dan ada sesi tak rasmi -- Saharil jual buku LCCU dia ;)

Lepas makan-makan free, sebahagian kami pergi Putrajaya, rumah Kak P-nut.


RUMAH KAK P-NUT

Aku pergi Putrajaya naik kereta Easy. Tak sangka pulak Easy pun tengah minat lagu yang aku tengah minat sekarang ni. Hahaha! "Carilahhh penggantiii agar kau gembira lagiii... usahlah kau menggangguuu... wajahmuuu muncul dalam KHAYALANNN..."

Kat rumah Kak P-nut, aku jumpa Napang, Queen, Elin, Cik Daun, Jigo, Rudy, Kak Aquil dan Kak Cumi.

Aku telah dicemuh dan dikecam hebat oleh kawan-kawan Geng Jurnal. Kak P-nut hidang bihun sup dan satu "benda" yang aku ingatkan mee kari. Jadi aku pun ambik "mee" dan masukkan tauhu, tauge dan bawang goreng (yang sebenarnya untuk bihun sup). Bila nak letak kuah, baru aku perasan: "Eh, kuah spaghetti?". Ingatkan mee kari, rupa-rupanya spaghetti.

Maka aku pun diketawakan oleh mereka-mereka itu sebab aku makan spaghetti letak tauhu, tauge dan bawang goreng.

Meriah sungguh kat rumah Kak P-nut, kami bersembang dan bergelak-gelak.

Wednesday, September 17, 2003

ULASAN: PILIHANRAYA KAMPUS 2003



;)

Saturday, September 13, 2003

LIMA PULUH SEN

Benda paling menarik aku tengok dalam Buletin Utama baru-baru ni adalah "Undian SMS" tentang khidmat ATM Maybank. Soalannya lebih kurang begini:

    Wajarkah Maybank mengenakan caj 50 sen untuk setiap
    transaksi ATM?

    a) Wajar. Setiap perkhidmatan perlu ada upah.

    b) Tidak wajar. Bank telah banyak membuat keuntungan.

    Hantarkan SMS anda kepada bla bla bla...


Yang lawaknya, di bawah soalan tu ada tulis kecik aje:

    Setiap SMS dikenakan caj 50 sen.

Hahaha! Lawak, lawak!

Bukan aku nak membela Maybank, aku pun tak suka caj 50 sen Maybank tu. Tapi sekurang-kurangnya Maybank mengenakan caj di atas perkhidmatan yang ditawarkannya. Tapi TV3? Mereka buat survey, untuk dapatkan maklum balas daripada penonton. Sepatutnya, orang yang beri maklum balas itulah yang dapat imbuhan. Ini tidak, sudahlah penonton beri maklum balas, dia kena bayar 50 sen pulak untuk maklum balas yang dia beri tu. Ada ke patut?

Aku rasa TV3 tak ikhlas buat "Undian SMS" tu. Mereka bukan nak dapatkan maklum balas penonton sangat pun, tapi mereka nak dapatkan KEUNTUNGAN. Kalau betul ikhlas nak dapatkan maklum balas, kenapa tak pakai sistem SMS kadar biasa, seperti yang dibuat oleh RTM dalam rancangan "Bersama Norman" misalnya? Kenapa nak pakai sistem "ala-AFUNDI" dengan kadar 50 sen?

ASTRO untung banyak melalui AFUNDI, jadi TV3 pun nak jugak. Tapi ASTRO tak apalah, penonton mereka kaya-kaya (orang miskin mana pasang ASTRO kat rumah). Ini TV3 sudahlah stesen percuma, isu dalam "Undian SMS" tu pulak melibatkan orang berpendapatan rendah. Sebab Maybank cuma kenakan caj 50 sen tu kepada pelanggan yang jumlah simpanannya tak sampai RM5,000. Nah, orang-orang miskin inilah nanti yang berlumba-lumba jawab "TIDAK WAJAR" untuk Undian SMS TV3 tu. TV3 dapat keuntungan dengan menindas/mengeksploitasi orang berpendapatan rendah. Kejam kan?

Kalau aku tauke Maybank, aku akan buat UNDIAN PERCUMA kat laman web Maybank. Soalannya:

    Wajarkah TV3 mengenakan caj 50 sen untuk setiap SMS
    maklum balas penonton?

    a) Wajar. Sebab orang berpendapatan rendah memang
        dilahirkan untuk ditindas/dieksploit.

    b) Tidak wajar. Orang yang ada SMS tidak cukup miskin
        untuk ditindas, mereka masih mampu beli telefon bimbit.
        Sepatutnya, tindaslah peminta sedekah di tepi jalan!


Sebenarnya, baik Maybank mahupun TV3, kedua-duanya sama saja. Caj 50 sen Maybank ke atas pelanggan dengan simpanan kurang RM5,000, dan caj 50 sen TV3 ke atas SMS maklum balas penonton berkaitan isu ini, telah mengajar kita realiti hidup: orang berpendapatan rendah sentiasa jadi mangsa penindasan/ eksploitasi golongan kaya untuk mendapatkan keuntungan.

Selamat datang ke planet bumi.

* Setiap respon dikenakan caj 50 sen, hahaha!

Friday, September 05, 2003

PUISI

Anak murid: Oh captain, my captain!

Cikgu Keating menoleh.

Anak murid: What was the Dead Poets Society?

Cikgu Keating: The Dead Poets were dedicated to sucking the marrow out of life. We would gather at the old Indian cave and take turns reading from Thoreau, Whitman, Shelley... even some of our own verse.

Anak murid: You mean it was a bunch of guys sitting around reading poetry?

Malam itu sekumpulan anak murid pun berkumpul di gua. Salah seorang membentangkan coat menjadi tikar, lalu mereka letakkan epal, biskut dan kismis di atasnya. Dan mereka pun bergilir-gilir membaca puisi keliling makanan.

Diinspirasi oleh filem Dead Poets Society, aku dapat ilham untuk anjurkan satu acara. Acara itu aku namakan PUISI KELILING MAKANAN, atau singkatannya PUKEMAK.

Hahaha. Ada siapa-siapa nak join?

(TEKNIK PEMASARAN MAT JAN. BAB 1: Nama acara yang kontroversial penting untuk menarik khalayak. Kontroversi=promosi percuma.)


AWAL

Final exam diawalkan seminggu. Sebab ada orang tak mahu exam pada bulan puasa.

Aku tak kisah pun kalau exam pada bulan puasa. Apa bezanya? Kot mana pun nak berjaga malam jugak.