CHAMBERING
Sekarang Encik Adlan buat chambering. Aku jumpa dia hari tu, masa aku tengah minum-minum dengan Mat Shah kat kafetaria Mass Comm. Walaupun kami budak law, kami suka minum kat kafe Mass Comm sebab pemandangannya indah (baca: sebab budak mass comm lawa-lawa). Pengacara popular macam Zalia, Yasmin Hani, Farah (Skuad Perodua ERA) dan ramai lagi adalah lepasan Mass Comm universiti aku.
Mat Shah tanya Encik Adlan: "Susah tak buat chambering?"
Encik Adlan jawab: "Korang belajar Banking satu semester kan? Aku belajar Banking satu hari!"
Hmm... aku pun tak ambik paper Banking Law. Aku ambik Family Law. Tapi kalau buat chambering nanti, ada kes Banking (atau kes IP atau kes-kes lain yang aku tak belajar), nak kena buat jugak. Walaupun kat Law School tak belajar semua, tapi masa chambering kena tahu semua jugak.
"Cantik-cantik bangunan kat sini kan?" kata Encik Adlan. Dah tentulah dia tak merujuk kat bangunan separuh siap kat depan kafe tu.
"A'ah. Tinggi bangunan tu!" kata aku.
Ada awek mass comm tinggi lampai lalu depan kami.
CAHAYA BIRU
Lima bulan selepas kelahiran Jongkang Jongket, dia lahir -- BLUEHIKARI. Journal Rudy.
Kalau aku buat Jongkang Jongket sebab diinspirasi oleh journal Saharil, Rudy pulak dapat inspirasi dari Sera dan Nett. Jongkang Jongket telah menginspirasi kakak aku, ayah aku, kroni-kroni aku (Pika, Kutet, Lan, Zumir), dan pembaca lain (Maelzx, Spyz, Kak P-nut) untuk turut sama menulis online journal/weblog. Aku percaya, BLUEHIKARI juga telah menginspirasi RAMAI ORANG untuk menulis weblog. Dunia weblog tanahair jadi meriah.
Aku tidak membaca BLUEHIKARI dari awal. Dan aku tidak membaca BLUEHIKARI selalu-selalu. Tapi aku tidak akan miss membaca catatan Rudy yang melibatkan aku -- bila Rudy melawat aku selepas telinga aku rabak dikerjakan perompak, bila Rudy ajak aku makan free di Japan Cafe, dan sebagainya.
Aku pernah dapat hadiah dari Rudy untuk "Peraduan Cogankata BLUEHIKARI". Dan Rudy pun pernah dapat hadiah dari aku untuk "respon 888". Oh ya, aku cuma hadiahkan Rudy berus dan ubat gigi ;P
Kau ingat layout Jongkang Jongket awal 2002? Perkataan "Jongkang Jongket" dalam tulisan Jepun tu Rudy yang tulis (bunyinya "Jiong-Kang-Jiong-Ketto"). Dah lama aku tak jumpa Rudy. Tapi sekali-sekala kami chat di YM, ber-SMS dan menelefon.
Aku kumpulkan catatan Jongkang Jongket tahun 2000 dalam e-book JJ2K setelah diinspirasi oleh e-book Tok Rimau. Kini Rudy pulak menghasilkan e-book setelah diinspirasi oleh e-book kami. Harap-harap lepas ini RAMAI ORANG akan terinspirasi untuk menghasilkan e-book. Dunia e-book tanahair akan jadi meriah.
Sekarang aku boleh membaca BLUEHIKARI dari awal. Dan aku boleh membaca BLUEHIKARI selalu-selalu. Kau juga boleh. DAPATKAN BUKU FREE DI SINI.