Saturday, December 20, 2003
LOTR: ROTK
Menonton Lord of the Rings: Return of the King (LOTR: ROTK) malam tadi.
Ijat kata LOTR itu cerita Perang Dunia kedua. Pika kata Minas Tirith itu mungkin Russia. Aku rasa macam logik juga. Russia (Minas Tirith) diserang oleh German (Orcs). Bantuan dari Barat tiba -- Tentera Berikat: Amerika/British/Perancis (manusia/elves/ hantu). German (Orcs) berjaya ditewaskan. Logik juga kumpulan yang diketuai oleh Aragorn tu adalah Tentera Berikat dari Barat, sebab masa mereka turun dari kapal pun Aragorn cakap mereka "Men from the West".
Cerita macam ini terbuka kepada tafsiran individu. Tak semestinya kita nampak apa yang orang lain nampak. Satu benda yang pasti namun, "cincin sakti" itu adalah perlambangan "kuasa".
"Kuasa" -- sesuatu yang abstrak dan tak nampak -- digambarkan dalam bentuk yang nampak: "cincin sakti". Mereka yang terpedaya dengan cincin sakti dalam kisah LOTR adalah mereka yang terpedaya dengan kuasa dalam dunia realiti. Ada yang tak setuju cincin itu dimusnahkan kerana boleh digunakan untuk kebaikan. Tapi bila dia pegang cincin itu, dia cenderung untuk menyalahgunakan kesaktiannya.
Ini adalah lumrah orang yang memegang kuasa. Sebelum pegang kuasa, memanglah berjanji tak mahu salahguna kuasa untuk kepentingan sendiri. Tapi bila dah pegang kuasa...
GANDALF
Cuba perhatikan Gandalf dalam "Fellowship" serta Gandalf dalam "Two Towers" dan "ROTK":

Nampak tak perbezaan? Rambut Gandalf dalam "Two Towers" dan "ROTK" lebih lurus daripada rambutnya dalam "Fellowship". Dia buat teknik REBONDING kot? :)
(Kalau dia perempuan, mesti suami dia kaya.)
LAGI-LAGI LOTR?
Aku tidak membaca LOTR dan buku-buku seangkatan dengannya. Aku kenal Orcs, Elves dan Dwarves pun daripada computer games seperti Warcraft dan filem seperti LOTR.
Adakah LOTR dalam buku sama dengan LOTR dalam filem? Dalam majalah KLue, ada artikel tentang perbezaan BUKU LOTR dan FILEM LOTR.
Dan apa yang boleh kita harapkan selepas berakhirnya trilogi LOTR? Mungkin, mereka akan filemkan satu lagi karya Tolkien -- THE HOBBITS.
Tapi, aku ada idea untuk buat cerita tentang Elves. Tajuk cerita aku tu "King of the Elves". Kalau Lord Of The Rings singkatannya LOTR, maka King Of The Elves singkatannya, err, malulah nak cakap, tak apalah :)
# MJ | Permalink
|