Friday, December 05, 2003
BENDA KAW-KAW
Aku pergi Mid Valley semalam dengan Pika, Malee dan Julia. Dalam perjalanan ke sana, aku sms Emma kalau-kalau dia boleh pergi sama dan serah "benda kaw-kaw" tu kat aku.
Kat Mid Valley, waktu Malee dan Julia shopping, aku dan Pika tengok wayang. Tengok wayang waktu orang pompuan shopping adalah lebih berfaedah daripada duduk tepi longkang.
Aku hairan tengok suami-suami yang duduk tepi longkang Globe Silk Store (dan shopping complex lain) waktu isteri-isteri shopping dekat-dekat raya, apa faedah yang mereka dapat? Sedut asap kereta yang lalu-lalang depan Globe bukannya seronok. Lainlah kalau ekzos kereta melepaskan helium, seronok juga disedut. Daripada duduk tepi longkang, lebih baik suami-suami tu pergi tengok wayang. Wayang satu tayangan lebih kurang dua jam, orang pompuan shopping lebih kurang lapan jam. Kita sempat tengok empat tayangan waktu mereka shopping!
Masa dalam panggung, dapat sms daripada Emma. Dia dah sampai Mid Valley. Habis tayangan, aku pergi jumpa Emma dan ambil "benda kaw-kaw" tu. Bukan. Benda kaw-kaw tu bukan Serbuk Kopi Cap Kapal Api. Tetapi cenderamata "Malayan Tapir Conservation Workshop". Bengkel diadakan di Krau Wildlife Reserve pada 12-16 Ogos 2003.
TAPIR: KENAPA DIPINGGIR?
Aku sedih. Malaysia jadi tuan rumah bengkel tapir antarabangsa, tapi tak siapa pun yang tahu. Bila cakap pasal 11 September 2001, orang cuma tahu pasal tragedi WTC, orang tak tahu pun pasal Simposium Tapir Antarabangsa di Costa Rica. Bila cakap pasal haiwan terancam di negara kita, orang cuma ingat penyu dan orang utan, orang tak ingat pun tapir. Kenapa tapir dipinggirkan? KENAPA???
Aku memang minat tapir sejak kecik. Ada empat spesis tapir di dunia. Tiga di Amerika Selatan, dan satu di Malaysia. Keempat-empatnya diancam kepupusan. Bila aku hantar posting ini di Forum GJ, aku tak sangka ada orang lain berkongsi minat yang sama. Kakak Emma rupa-rupanya seorang aktivis tapir. Dia mewakili Malaysia dalam bengkel antarabangsa tu.
Aku sangat gembira bila Emma kata dia boleh dapatkan aku cenderamata daripada bengkel tapir tu. Dia hadiahkan aku tempat sangkut kunci dan frame gambar berbentuk tapir, juga penanda buku dan loket berukiran tapir. "T-shirt pun ada. Tapi sehelai saja. Jadi aku yang pakai," kata Emma.
Kepada semua rakyat Malaysia: sayangilah tapir kita. Jangan biarkan mereka pupus seperti dinosaur. TAPIR KITA TANGGUNGJAWAB KITA!
# MJ | Permalink
|