Thursday, December 04, 2003
BANDARAYA ALOR SETAR
Alor Setar dah jadi bandaraya. Akan diisytiharkan secara rasmi pada 21 Disember nanti. Ada orang kata tak layak sebab tak nampak macam bandaraya pun -- tak ada bangunan pencakar langit, tak ada jalan raya bertingkat-tingkat, dan tak ada LRT atau Monorel. Tapi aku tak rasa macam tu.
Aku rasa Alor Setar memang patut pun di-naik-status jadi bandaraya. Alor Setar dah ada dua ciri penting bandaraya -- traffic jam dan banjir kilat!
Bangunan pencakar langit tak perlu. LRT pun tak perlu. Itu semua cuma aksesori tambahan.
SEDUT HELIUM: RACUN ATAU NIKMAT?
Walaupun "doktor" (rujuk respon untuk catatan 18 November) kata helium tidak selamat untuk disedut, tetapi dia juga berkata "keracunan helium dapat dikurangkan sekiranya disedut dalam campuran 80% helium + 20% oksigen".
Sebenarnya, bila kita sedut helium daripada belon helium, kita bukan sahaja menyedut helium dari belon itu. Kita turut menyedut oksigen daripada udara persekitaran. Campuran helium dari belon dan oksigen dari persekitaran menjadikannya selamat. Campuran itu mungkin dalam nisbah 70:30 atau 60:40 pun. Mengandaikan campuran 80:20 dapat mengurangkan keracunan, maka campuran dalam nisbah 70:30 atau 60:40 pasti menjadikan tahap keracunannya pada tahap minimum, kalaupun tidak sifar.
Menyedut helium adalah selamat. Lainlah kalau kita sedut helium dalam persekitaran tanpa udara. Itu memang nak mampos. Yang disedut adalah 100% helium. Tapi siapalah yang nak sedut helium dalam persekitaran tanpa udara? Siapa yang nak sedut helium dalam tupperware kedap udara?
"Atau dalam kebuk wasap," sampuk Zumir.
Aku pun tak tahu apa itu kebuk wasap. Kalau "Yo, wassup!" aku tahulah. Sekolah menengah dulu aku bukan budak aliran sains.
Berdasarkan pengalaman, kawan-kawan yang jadi "AJK Belon Helium" sewaktu menganjurkan Annual Dinner atau Family Day pernah sedut helium terus dari tong gas. Ya, straight from the tank. Sambil isi helium dalam belon, mereka sedut helium itu dan menikmati suara mereka yang jadi macam kartun. Menyedut helium dari tong gas helium adalah lebih menyeronokkan daripada menyedutnya dari belon, kerana tempoh suara kartun lebih panjang. Kita sempat menyanyikan "Rasa Sayang Yay!" dalam suara kartun sehingga dua rangkap pantun!
Keadaan kesihatan mereka (AJK Belon Helium) adalah tip-top. Malah ada antara mereka mewakili universiti dalam acara olahraga.
Cubalah helium sekarang. Anda pasti seronok!
RESPON: FORUM-BOARD STYLE
Kebelakangan ni respon-respon yang aku terima panjang-panjang dan bernas-bernas. Lepas tu ada interaksi pulak antara pembaca. Ada pembaca reply respon pembaca lain. Blog aku dah jadi macam forum-board.
Sebab tu aku pakai Haloscan's commenting system sekarang. Kalau kau nak respon pada satu-satu topik, jangan guna guestboard yang kat kolum kiri tu, tapi kliklah pada kalimah "Respon?" kat bawah catatan tu. Dia akan bertukar jadi "1 Respon" atau "2 Respon" atau "8 Respon" -- bergantung kepada jumlah respon yang diterima.
Misalnya, kalau nak respon pasal Poligami, klik pada "Respon?" kat bawah catatan Poligami. Begitulah jugak kalau nak respon pasal "Jiwa Negara", "Anak & Adat", "Datang & Pergi", atau "Gelak Khas".
Guna guestboard kat kolum kiri tu hanya untuk benda-benda yang tak berkaitan dengan topik yang aku catat. Misalnya: pasal "benda kaw-kaw" (haha!), ataupun untuk jot the ever popular "Hi, nice website, visit mine!" message.
Respon jangan tak respon. Klik "Respon?" (atau "3 Respon") kat bawah tu. Sekarang.
# MJ | Permalink
|