Friday, November 07, 2003
MEMBALAS RESPON: GELAK KHAS
zaza: apa jd ngan hp hang? aku antar msg, asyik failed ja... aku skang tgh modul law mat jan.. yg ajar. pn aisha dengan pn norhashimah.. nanti part assignment, bleh la tanya hang, eh? ;)
MAT JAN: Boleh.
basrie: 2 Nov -Kalau ronda-ronda malam pulak mesti nak minum teh tarik. Bukan tiap-tiap malam aku rasa, tapi hampir tiap-tiap episod ada minum teh tarik. Sayangnya.. aku tak larat sangat nak gelak posa-posa ni bila baca lawak ilmiah kau Mat Jan.
MAT JAN: Ya Basrie, menurut Tan Sri KPN kita, 75% anggota polis suka minum teh tarik bila ronda-ronda malam. Lagi satu, selalu diorang suruh "Sarjen Misai" tu belanja minum. "Teh tarik bolehlah!" kata Sarjen Misai. "Teh tarik pun teh tariklah!" jawab yang lain. Penulis skrip Gerak Khas hanya perlu "cut-and-paste" skrip minggu lepas untuk episod minggu ini.
purbe: ehh.. korang yg ambil law korang kenal tak cik mazlifah rasanya dia ngajar criminal lat kat uitm s.a tue..
MAT JAN: Kenal.
Lan: hang daftar bila? ckp kat akak hang, happy besday....
MAT JAN: Aku daftar 11 November.
Jae Bot: Dalam Gelak Khas polis 'pompan' mesti cun cun habis habisan. Solek solekkan lagi, cam bintang bintangan. Tapi kat polis stesen polis pompuan, terbalikkan je lah apa yang aku cakap tadi. Bukan nak kondem Polis pompan tapi nak cakap yang Uncle Ucop Aslam buat cerita boleh buat ku ketidur tiduran.
MAT JAN: Tak jugak Jae. Polis "pompan" yang jaga kaunter kat Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam lawa-lawa hapa. Cuma tak solek-solekan lebih-lebihan aje. Kalau kawan aku hilang wallet ke hapa dan nak pegi report kat balai seksyen 6, aku mesti nak ikut punya :)
akmaL: mat jan..yang kelakarnya bini si aziz singah tu boleh pulak cakap..kita ni lagi berapa hari nak sambut merdeka..anak pulak hisap dadah..kelakor beno bunyinye...
MAT JAN: Normah Damanhuri. Yang jadi bini Aziz Singah tu Normah Damanhuri. A'ah... dialog tu macam bermaksud: kalau ya pun nak hisap dadah, hisaplah, tapi janganlah dekat-dekat sambutan merdeka... hahaha!
marilyn: mak aku kata, yusuf haslam masa muda nak sangat jadi polis tapi tak dapat...
MAT JAN: Alhamdulillah... nasib baik tak dapat! Kalau dapat, habis dilepasnya semua orang salah kalau orang tu orang ternama (atau anak orang ternama). Menurut BEKAS KPN kita, orang ternama pun kita kena tumbuk sampai mata lebam jugak.
Jae Bot: Ye, bukan ke dulu Uncle Ucop penah jadi conductor bus mini? Tapi takde la kena mengena dengan gerak khas.
MAT JAN: Betul tu Inspektor Jae bot, menurut Tan Sri KPN kita, Yusof Haslam pernah jadi konduktor bas. Sebab tu dia buat drama polis tak real pasal dia tak pernah jadi polis. Cuba dia buat drama pasal konduktor bas, mesti real punya! Dan kalau dia buat cerita pasal konduktor bas, aku dah ada tajuk yang paling sesuai -- GERAK BAS. (Lagu tema: Gerak Gerak Gerak Basss.... Gerak Gerak Gerak Basss.... Gerak Gerak Gerak Basss.... Bergerakkk wahai demi untuk penumpanggg...). Bayangkan Abby Abadi jadi konduktor bas lawa pakai lipstick, hahaha!
MEMBALAS RESPON: DATANG & PERGI
pakdi: mat jan, hati-hati sikit ye kalau memetik sirah sahabat dalam hal tu. ada byk fitnah yang berlaku. Tarikh Tabari hanya meriwayatkan sahaja. Kena baca buku ulama yg memastikan sanad-sanad yg sahih sahaja dalam tarikh tabari tu.
nazmi: aku setuju pandangan pak di. pd akhir zaman uthman ra, terlalu banyak fitnah yg berlaku. soal pentadbiran uthman ra boleh diselidik terlebih dahulu, sebelum membuat kesimpulan - pengamalan dasar nepotisme dan kronisme - aku bimbang, bila org baca catatan kau, dia gunakan kayu ukur sekarang ini utk meletakkan kesalahan secara langsung kpd uthman ra, dan tanpa sedar merendah2kan kedudukan sahabat Rasulullah saw.
ikangarang: er..mat jan ade sebabnye kenape uthman melantik ramai ahli keluarganye, juge ade sebab kukuh kenape dia menaikkan cukai. semate2 utk hasilkan 2000 kapal perang utk persiapkan menghadapi ancaman musuh. sementara dia terpakse melantik saudarenye utk menjamin loyalty dalam tugas disebabkan zaman tu byk perebutan kuase yg sentiasa mengancam. aku tak mampu nak ghoyak kat sini semuanye tp hakikatnye sebegitu ramai orientalis barat amik peluang dasar2nye utk memburukkan khalifah uthman.
MAT JAN: Terima kasih Pakdi dan Nazmi kerana menegur. Terima kasih Ikangarang kerana memberitahu apa yang aku tak tahu.
Menurut Ikangarang, Uthman "melantik saudarenye utk menjamin loyalty dalam tugas disebabkan zaman tu byk perebutan kuase yg sentiasa mengancam". Dan Uthman "menaikkan cukai semate2 utk hasilkan 2000 kapal perang utk persiapkan menghadapi ancaman musuh" (err, aku rasa aku tak sentuh pun pasal kenaikan cukai, tapi tak apalah).
Pun begitu, justifikasi yang Ikangarang sebut tu tetap tidak mengubah mesej yang ingin aku sampaikan, iaitu: jarang-jarang ada pemimpin yang dapat memuaskan hati SEMUA ORANG; dan pasti ada golongan itu dan golongan ini yang tidak suka pada seseorang pemimpin disebabkan dasar-dasar yang dia laksanakan.
Langkah Uthman melantik saudara-maranya memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, walaupun sebabnya baik, pasti mengundang rasa tidak puas hati pihak yang dipecat (dan para penyokong mereka). Begitu juga kenaikan cukai, walaupun untuk tujuan baik, pasti mengundang rasa tak puas hati segelintir pembayar cukai. (Tapi aku tak sentuh pun pasal kenaikan cukai, aku cuma komen pasal dasar nepotisme.)
Inilah pun yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin dunia sejak zaman-berzaman, termasuk pemimpin kita. Tidak ada pemimpin yang boleh memuaskan hati SEMUA ORANG. Pasti ada golongan yang tidak suka kepada seseorang pemimpin disebabkan dasar yang dilaksanakan, walaupun dasar itu (pada pandangan pemimpin tersebut) adalah untuk kebaikan. Itulah mesej yang ingin aku sampaikan. Bukannya aku nak merendah-rendahkan Uthman, tidak.
Mungkin aku kena re-phrase beberapa ayat dalam "DATANG & PERGI". Terima kasih sekali lagi kerana berkongsi ilmu. Menulis blog menjadi lebih seronok bila ada pembaca macam kalian :)
# MJ | Permalink
|