Saturday, October 04, 2003
TEKAN-TEKAN
Macam tekan butang lif.
Bangunan tu 20 tingkat. Kau kat tingat 10. Lif kat tingkat 20. Kau nak turun tingkat bawah. Kau tekan butang turun. Kau nak cepat. Tapi lif turun lambat. Kau jadi tak sabar dan kau tekan-tekan butang lif tu berkali-kali. Macamlah lif tu akan turun cepat-cepat kalau kau tekan butang dia banyak-banyak kali.
Lif tu bukan sengaja turun lambat. Dia ada kerja lain nak buat. Lif tu lambat pasal dia berhenti-berhenti kat tingkat 19, 18, 17, 16 dan seterusnya untuk angkut penumpang lain. Jadi, bila lif tu lambat, kau sabarlah menunggu. Lama-lama dia sampai jugak kat tingkat 10. Tak payahlah nak tekan-tekan butang dia berkali-kali. Silap-silap butang tu rosak, lif tak berhenti langsung kat tingkat 10. Siapa yang rugi? Kau jugak.
Aku update weblog lambat. Tapi kau nak baca cepat. Kau tekan-tekan aku dalam guestbook. "Tak nampak update pun? - Lama tak update - tak update langsung - U.P.D.A.T.E. - Cargas-cargaskanlah diri - apdet la apdet!" kata kau. Macamlah aku akan update cepat-cepat kalau kau tekan-tekan aku. Aku tak tahu pun kau suruh aku update. Sebab aku bukan online hari-hari. Semenjak dua menjak ni aku online seminggu sekali.
Aku bukan sengaja update lambat. Aku ada kerja lain nak buat. Minggu depan aku ada FINAL EXAM. Aku nak ulangkaji. Jadi, bila aku update lambat, kau sabarlah menunggu. Lama-lama aku update jugak. Kalau aku tak update langsung, siapa yang rugi? Bukan kau. Tapi cyber cafe jugak, tak dapat duit aku :)
Hahaha.
BLOG-BLOG
Ebb tulis kat blog dia pasal peristiwa di MPH hari tu. At least aku tak cam muka dia. Tapi dia... dia cam muka aku, tapi tak ingat nama. Hahaha! Sedih pulak aku baca ayat dia: "aku tau aku tak femes cam org lain". Ala kesiannya. Lain kali joinlah webloggers lain beronggeng kalau nak dikenali.
Nazmi update panjang lebar. Catatan kembara seorang penulis aku kira. Dia kata: "Rumah Mat Jan, tipikal rumah bujang. Biasalah, aku kat Mesir kurang lebih, tapi kemas sikit". Hahaha!
Standard-lah rumah bujang. Kat luar kasut banyak. Kat dalam ada botol dan tin sepah-sepah buat bekas abu rokok. Seluar dan baju gantung belakang pintu. VCD dan majalah sepah-sepah atas lantai. Pinggan mangkuk berlonggok dalam sink (orang lain basuh pinggan selepas pakai, budak bujang basuh pinggan bila nak pakai). Sampah sapu ke bawah katil.
Nazmi sempat menumpang mandi kat rumah aku. Walaupun aku tak ada sumur di ladang. Err, tak lawak ke? Aku buat lawak pantun tu.
Weblog ayah hilang. Weblog ayah di-host oleh 2u.com.my, sebab tu URL ayah memori.2u.com.my. Mungkin sebab kes hari tu. Ada orang daftar domain maybank.2u.com.my, dan kelirukan pelanggan maybank2u.com.my (satu ada "dot" sebelum "2u", satu tak ada). Diorang mintak user name dan password pelanggan maybank2u kononnya nak update perkhidmatan.
AMARAN: Jangan bagi user name dan password maybank2u anda kepada siapa-siapa. Pihak Maybank tak pernah dan tak akan mintak user name dan password maybank2u anda, kata suratkhabar. Sehari selepas kes tu keluar kat suratkhabar, semua laman web yang di-host oleh 2u.com.my hilang. Termasuk weblog ayah. Server kena tutup kot. Nanti bila ayah pindahkan weblog dia ke server baru, aku khabarkan di sini.
Hai, macam-macam cara orang nak menipu sekarang ni. Dunia, dunia.
# MJ | Permalink
|