Tuesday, September 23, 2003
BICARA KARYA
Sabtu 20/09/03. Toksik dan Nazmi datang rumah aku pagi-pagi dan kami sama-sama bertolak ke MPH Mid Valley. Ada majlis BICARA KARYA, membicarakan tiga novel yang menang Peraduan Menulis Novel Alaf Baru. Termasuk novel Nazmi sendiri, MERENTAS SUNGAI SEJARAH. Kalau tak kerana Nazmi, aku tak pergi ke majlis macam ni pada pagi Sabtu. Lebih baik aku buat aktiviti kegemaran aku -- bermain golf. Err, main golf atas tilam.
Kat MPH aku jumpa ramai lagi Geng Jurnal -- Saharil, Hayazi, Ep, Spyz, Mie, Easy, Pakdi, Ebb, Firdaus dan Emma (err, aku ada tertinggalkah?). Ada antara mereka yang aku baru jumpa pertama kali (walaupun dah kenal lama kat internet). Macam mana nak tahu orangnya kalau tak tahu rupa? Saharil aku kenallah sebab dah pernah tengok gambar dia dalam internet, majalah, dan suratkhabar. Firdaus pulak sebab Hayazi kenalkan ("Tingginya kau Mat Jan" -- Firdaus). Pakdi pun tak sukar sangat, aku SMS cakap aku pakai t-shirt apa serta jaket colour apa, dan dia tegur aku dulu. Yang paling mencabar sekali, nak tahu yang mana satu Emma.
Aku duduk depan. Emma SMS aku cakap dia berdiri kat belakang. Aku toleh nampak budak pompuan senyum. Aku ingat dia Emma. Lepas habis majlis aku tegur budak tu: "Emma ke ni?". Dia jawab: "Bukan!". Hehe... slow-slow aku blah. Malu, malu. Mesti budak tu ingat tu taktik aku nak mengorat dia. Rupanya Emma kat Coffee Beans.
Kalau tak kenal orang yang tak pernah jumpa tu okay lagi. Ini orang yang aku pernah jumpa pun aku tak cam. Aku ingat siapalah budak pompuan staff MPH yang tegur aku ni. Aku tengok muka dia lama-lama baru perasan, Ebb. Last time aku jumpa dia rambut pendek, sekarang dah panjang. Sebab tu tak cam.
Mula-mula, A Samad Said ulas DOMINASI TEBRAU. Dia, antara lain, komen Aminah Mokhtar guna kata kerja "TERPANCUT" walaupun ada kata kerja lain yang lebih sesuai. Toksik bisik kat aku: "Kalau kau guna perkataan TERPANCUT okaylah Mat Jan, itu memang kerja kau!". Cilakak Toksik! Hehe...
Lepas tu, Faisal Tehrani ulas ARCA, dan Zaharah Nawawi ulas MERENTAS SUNGAI SEJARAH. Lepas Marlia Musa baca naskhah Dominasi Tebrau, ada sesi dengan penulis-penulis. Dan ada sesi tak rasmi -- Saharil jual buku LCCU dia ;)
Lepas makan-makan free, sebahagian kami pergi Putrajaya, rumah Kak P-nut.
RUMAH KAK P-NUT
Aku pergi Putrajaya naik kereta Easy. Tak sangka pulak Easy pun tengah minat lagu yang aku tengah minat sekarang ni. Hahaha! "Carilahhh penggantiii agar kau gembira lagiii... usahlah kau menggangguuu... wajahmuuu muncul dalam KHAYALANNN..."
Kat rumah Kak P-nut, aku jumpa Napang, Queen, Elin, Cik Daun, Jigo, Rudy, Kak Aquil dan Kak Cumi.
Aku telah dicemuh dan dikecam hebat oleh kawan-kawan Geng Jurnal. Kak P-nut hidang bihun sup dan satu "benda" yang aku ingatkan mee kari. Jadi aku pun ambik "mee" dan masukkan tauhu, tauge dan bawang goreng (yang sebenarnya untuk bihun sup). Bila nak letak kuah, baru aku perasan: "Eh, kuah spaghetti?". Ingatkan mee kari, rupa-rupanya spaghetti.
Maka aku pun diketawakan oleh mereka-mereka itu sebab aku makan spaghetti letak tauhu, tauge dan bawang goreng.
Meriah sungguh kat rumah Kak P-nut, kami bersembang dan bergelak-gelak.
# MJ | Permalink
|